Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Dajjal bermata satu

Baginda (Nabi) SAW bercerita mengenai dajjal, sabdanya: “Sesungguhnya aku benar-benar mengingatkan kamu sekalian terhadap dajjal. Tidak ada seorang nabi pun melainkan telah benar-benar mengingatkan kaumnya masing-masing (mengenai dajjal). Sesungguhnya Nabi Nuh (alaihissalam — ke atasnya kesejahteraan) pun telah mengingatkan kaumnya. Tetapi aku katakan kepadamu sekalian suatu perkataan mengenai dia, yang tidak pernah diucapkan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya. Ketahuilah, bahawa dajjal itu bermata satu. Dan sesungguhnya Allah tidak bermata satu. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, halaman 75

Isyarat munculnya pendusta mengaku nabi menjelang kiamat

Menurut riwayat Muslim daripada Jabir bin Samurah, dia berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya menjelang datangnya kiamat muncul pendusta-pendusta.” Jabir mengatakan: Maka waspadalah terhadap mereka. Imam Ahmad pula meriwayatkan daripada Jabir bahawa dia mengatakan: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Sesungguhnya menjelang datangnya kiamat akan muncul pendusta-pendusta, antara lain seorang pendusta dari Yamamah, pendusta dari Sanaa iaitu al-Absi, pendusta dari Himyar dan dajjal. Dajjal inilah yang menimbulkan bencana besar.” Jabir mengatakan: Ada beberapa teman saya mengatakan jumlah mereka hampir 30 orang. Hadis ini diriwayatkan sendirian oleh Ahmad. Dalam sahih al-Bukhari daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Kiamat tidak berlaku sehingga dibangkitkan dajjal-dajjal pendusta hampir 30 masing-masing mengaku dirinya utusan Allah.” Dalam sahih Muslim daripada Tsauban...

Isyarat terkait kota Madinah

Kota Madinah al-Munawwarah terpelihara daripada wabak penyakit dan gangguan dajjal Dalam sahih Bukhari diriwayatkan daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Madinah tidak dimasuki wabak penyakit (taun) mahupun dajjal.” Pada hadis berikut Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa suatu saat wilayah kota Madinah akan bertambah. Menurut riwayat Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Tempat-tempat pemukiman akan sampai ke Ihab atau Yihab.” Pada suatu masa penduduk Madinah akan keluar dari kota Madinah Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa pada suatu masa penduduk Madinah meninggalkan kota Madinah. Dalam sahih Muslim diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Mereka meninggalkan Madinah ketika kota itu keadaan sebaik-baiknya, hanya dipenuhi haiwan-haiwan liar – yang baginda maksudkan haiwan buas dan burung liar. Kemudian keluarlah dua orang gembala dari Muzainah menuju Madinah, dengan mengiring kambi...

Isyarat penaklukan Muslimin

Rasulullah SAW mengisyaratkan bahawa kaum muslimin akan menakluk beberapa pulau di tengah laut, beberapa negeri di Rom dan seluruh Parsi. Dan bahawa kebenaran muslimin akan mengalahkan kebatilan dajjal. Imam Muslim meriwayatkan daripada Nafi’ bin Uyainah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kamu sekalian akan menyerbu Jazirah Arab (Semenanjung Arab) sehingga ditakluk oleh Allah. Kemudian (kamu menyerbu) Parsi sampai negeri itu ditakluk Allah. Kemudian (kamu menyerbu pula) Rom sampai negeri itu ditakluk Allah. Kemudian kamu menyerbu dajjal sampai ia ditakluk Allah. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 68

Kiamat, bangsa Rom dan sifat baik mereka

Muslim meriwayatkan al-Mustaurid al-Qurasyi berkata di hadapan Amr bin As, pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Kiamat akan terjadi ketika orang-orang Rom merupakan bangsa yang teramai. Amr kepada al-Mustaurid berkata: Berhati-hatilah tentang apa yang akan kamu katakan itu. Al-Mustaurid menjawab: Aku hanya mengatakan apa yang pernah aku dengar daripada Rasulullah SAW. Amr berkata: Sesungguhnya jika apa yang kamu katakan itu benar, maka memang pada bangsa Rom itu benar-benar memiliki empat sifat bangsa yang paling bijak ketika terjadi huru-hara, bangsa yang paling cepat sedar setelah ditimpa musibah, bangsa yang paling cepat menyerang kembali dalam peperangan setelah lari dan bangsa yang paling baik perlakuannya terhadap orang miskin, anak yatim dan orang lemah. Adapun sifat baik dan indah yang kelima ialah mereka adalah bangsa yang paling tahan terhadap kezaliman raja-raja. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 69

La ilaha illallah, kota dan kemunculan dajjal

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: Sudahkah kamu mendengar sebuah kota yang sebelah daripadanya ada di darat dan sebelah lagi ada di laut? Para sahabat menjawab: Sudah, wahai Rasulullah. Rasulullah SAW bersabda: Kiamat takkan terjadi sebelum kota itu diserbu oleh tujuh puluh ribu tentera daripada anak keturunan Ishak. Apabila mereka telah datang ke kota itu mereka singgah, tetapi tidak berperang dengan satu senjata pun dan tidak melemparkan satu anak panah pun. Mereka hanya mengucapkan “Laailaha illallah” dan “Allahu akbar”. Maka jatuhlah salah satu daripada kedua-dua belah kota itu. Tsaur mengatakan saya tidak tahu kecuali bahawa Rasul bersabda: Belahan yang ada di laut. Kemudian mereka mengucapkan untuk kali keduanya “La ilaha illallah” dan “Allahu akbar”, maka jatuhlah belahan yang lain dari kota itu. Sesudah itu mereka mengucapkan pula untuk kali ketiganya “La ilaha illallah” dan ...

Nabi Isa bunuh dajjal

Muslim bin Hajjaj, daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: Kiamat takkan terjadi sehingga bangsa Rom singgah di Al-A’maq atau di Dabiq. Lalu mereka diserbu oleh tentera dari Madinah yang merupakan penduduk dunia yang terbaik waktu itu. Apabila mereka telah berbaris rapi, maka berkatalah orang-orang Rom: Biarkan kami berperang melawan orang-orang yang telah menawan orang-orang kami. Jawab Muslimin:  Demi Allah, kami takkan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Maka, Muslimin pun menyerbu mereka, lalu ada satu pertiganya yang mundur. Mereka takkan diterima taubatnya oleh Allah SWT selamanya. Ada satu pertiga lagi yang terbunuh, mereka adalah syuhada (orang syahid) yang terbaik di sisi Allah SWT. Sedang satu pertiga yang lain mendapat kemenangan.  Mereka takkan mendapat bencana selama-lamanya. Merekalah yang dapat menakluki Konstantinopel. Namun ketika mereka membahagi-bahagi harta rampasan perang, sementara pedang-pedang mereka digantungkan di...

10 perkara sebelum kiamat

Dalam riwayat Imam Ahmad yang lain, daripada Hudzaifah bin Asad, dia berkata: Nabi SAW tiba-tiba muncul di hadapan kami ketika kami membincangkan kiamat, baginda bersabda: Apa yang kamu bincangkan? Kami menjawab: Kami membincangkan soal kiamat. Baginda bersabda: Sesungguhnya kiamat takkan terjadi sebelum kamu melihat 10 tanda; asap, dajjal, binatang melata, terbit matahari dari barat, turun Nabi Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali tanah tenggelam; tanah tenggelam di timur, tenggelam di barat dan tenggelam di Jazirah Arab. Dan akhir daripada semua itu adalah api yang muncul dari arah timur, mengiringi manusia menuju tempat perhimpunan mereka. * Mengenai Nabi Isa — turun dari langit yang terdekat dengan bumi, di atas menara putih sebelah timur di kota Damaskus (Damsyik) saat solat Subuh. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 62/ 63

Perintah Rasulullah agar segera melakukan amalan soleh sebelum terjadi 6 peristiwa

Menurut riwayat Imam Ahmad, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Cepat-cepatlah kamu sekalian melakukan amalan (soleh) sebelum datang 6 peristiwa; terbit matahari dari barat, datang dajjal, muncul asap, muncul binatang melata dari dalam bumi, kematian setiap kamu sekalian dan perkara umum (hari kiamat). Qatadah berkata: Apabila Rasul mengatakan ‘perkara umum’ maka yang dimaksudkan ialah perkara kiamat. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 62

Tanda menjelang kiamat

Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Darda RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya khemah besar Muslimin pada hari pertempuran sengit ada di Ghuthah, di sebelah kota bernama Dimasyq (Damsyik), salah satu kota terbaik di Syam. Menurut riwayat Ahmad daripada Muaz bin Jabal RA, Rasulullah SAW bersabda: Ada 6 peristiwa yang termasuk petanda kiamat; kematianku, ditakluk Baitul Maqdis, kematian yang menyergap masyarakat bagaikan buduk kambing, huru-hara dengan bencana yang memasuki rumah setiap Muslim, lelaki diberi upah seribu dinar namun tidak rela menerimanya, dan pengkhianatan bangsa Rom. Mereka menyerbu dengan membawa lapan puluh bendera, di bawah setiap bendera ada dua belas ribu orang (tentera). Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 61/62

Hitung 6 peristiwa menjelang kiamat

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Auf bin Malik RA, dia berkata: Saya menghadap Rasulullah SAW ketika terjadi Perang Tabuk. Waktu itu baginda berada dalam khemah berwarna sawo matang. Baginda SAW bersabda: Hitunglah enam peristiwa menjelang terjadinya kiamat; kematianku, kemudian ditakluknya Baitul Maqdis, kemudian yang menyergap kamu sekalian bagaikan buduk kambing, kemudian harta melimpah ruah, sehingga seorang lelaki diberi upah seratus dinar namun masih tetap juga tidak rela menerimanya, kemudian terjadi huru-hara yang tidak membiarkan satu rumah pun daripada bangsa Arab kecuali dimasukinya, kemudian gencatan senjata antara kamu sekalian dengan Bani Asfar (bangsa Eropah). Lalu mereka berkhianat. Mereka datang kepadamu dengan membawa lapan puluh bendera, di bawah setiap bendera ada dua belas ribu orang (tentera).  Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 61

6 perkara menimpa umat

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah bin Amr, dia berkata: Aku pernah menemui Nabi SAW, ketika baginda berwuduk sambil menunduk. Kemudian baginda mengangkat kepalanya dan memandang kepadaku, lalu bersabda: Ada enam perkara yang akan menimpa kamu sekalian, wahai umat — Kematian Nabimu SAW. Ibnu Umar RA berkata: Mendengar itu seakan-akan jantungku tercabut dari tempatnya. Lalu Rasulullah SAW melanjutkan sabdanya: Itu yang pertama, lalu harta melimpah-ruah di tengah kamu sekalian, sehingga ada seorang lelaki diberi upah sepuluh ribu, namun dia belum juga rela menerimanya.  Itu yang kedua. Lalu terjadilah huru-hara yang memasuki setiap rumahmu.  Itu yang ketiga. Lalu kematian bagaikan buduk kambing.  Itu yang keempat. Lalu gencatan senjata antara kamu dan Bani Asfar (bangsa Eropah). Lalu mereka menghimpun kekuatan untuk menyerang kamu selama sembilan bulan, seperti masa kehamilan wanita, kemudian mereka berasa lebih baik berkhianat terhadap kamu sekalian. Sabda Rasululla...

Konstantinopel atau Rom

Imam Ahmad meriwayatkan: Abu Qatil menyampaikan hadis kepadaku, katanya: Kami pernah berada di hadapan Abdullah bin Umar, dan dia ditanya, manakah yang akan ditakluk di antara kedua-dua kota, Konstantinopel atau Rom? Ahmad berkata: Kata Abu Qatil, Abdullah meminta diambilkan sebuah peti yang ada gelang-gelangnya, lalu dia keluarkan dari peti itu sebuah kitab. Lalu Abdullah berkata: Ketika kami berada di sekeliling Rasulullah SAW sambil menulis, tiba-tiba baginda ditanya: Kota manakah yang akan ditakluk terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah SAW menjawab: “Kota Hiraqlius akan ditakluk terlebih dahulu.” — Maksudnya Konstantinopel. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 59

"Inilah kebinasaanku"

Imam Ahmad meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), di mana perawinya Abdul Rahman yang mendengar daripada Ibnu Umar mengaku: Waktu itu saya sedang duduk bersamanya di bawah naungan Kaabah, ketika dia menyampaikan hadis ini kepada orang ramai, dia berkata: Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan jauh, maka kami singgah di suatu tempat. Tiba-tiba berserulah seorang penyeru yang ditugaskan Rasulullah SAW — “Assolatu jaami’ah”. Ibnu Umar berkata: Aku pun tiba di hadapan Rasul ketika baginda sedang berkhutbah di hadapan orang ramai:  Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun sebelum aku, kecuali Allah SWT (Subhanahu wa Taala) pasti menunjuki hamba-hamba-Nya mana antaranya yang Dia ketahui merupakan kebaikan bagi mereka, dan Dia peringatkan mereka terhadap apa yang diketahui-Nya merupakan keburukan bagi mereka. Dan ketahuilah, sesungguhnya kesentosaan (kesejahteraan) umat ini berada pada awalnya. Lalu, akhir d...

Apabila zaman mengoyak umat manusia

Menurut riwayat Abu Daud, daripada Abdullah bin Amr bin As, Rasulullah SAW bersabda: Bagaimana dengan kamu, padahal zaman tidak lama lagi akan mengoyak umat manusia sekacau-kacaunya, sementara mereka benar-benar telah bercampur-aduk (dalam menyelenggarakan) janji-janji mereka dan berselisih pendapat, sehingga mereka menjadi seperti ini — sambil menjalinkan jari-jari baginda satu sama lain — Sahabat bertanya: Bagaimana seharusnya sikap kami, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ambillah apa-apa yang kamu kenal (baik) dan tinggalkan apa-apa yang tidak kamu kenal. Uruslah (baik-baik) urusan peribadimu, jangan pedulikan penilaian masyarakat umum.  Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 56/57

Terjadi pelbagai fitnah, sehingga muncul dajjal

Menurut riwayat Abu Daud bahawa perawi hadis ini berkata: Aku telah mendengar Abdullah bin Umar berkata: Kami pernah duduk di sisi Rasulullah SAW, baginda menerangkan panjang lebar mengenai pelbagai jenis huru-hara, hingga akhirnya menyebut fitnah ahlas (huru-hara tiada penamatnya). Seseorang bertanya: Wahai Rasulullah, apa itu fitnah ahlas?  Nabi SAW menjawab: Ialah rampasan harta dan keluarga, lalu dibawa lari. (Rasulullah SAW menyambung keterangannya): Kemudian timbullah sesudah itu fitnah sarra (huru-hara kemewahan), yang tipuan ataupun kerosakannya keluar dari bawah tapak kaki seseorang (yang mengaku) daripada ahli baitku (keturunan  keluarga baginda), padahal dia bukan keluargaku. Wali-waliku hanyalah orang-orang bertakwa.  Kemudian manusia mengandalkan seseorang, bagaikan punggung bersandar pada tulang rusuk. Sesudah itu timbullah fitnah duhaima’ (huru-hara sangat dahsyat), yang tidak membiarkan seorang pun daripada umat ini melainkan dilandanya. Apabila dika...

Keutamaan sifat belas kasihan

Daripada Aisyah RA (Radhiallahu Anha), dia berkata: Ada beberapa orang dari kalangan orang pedalaman datang menghadap Rasulullah SAW, lalu mereka berkata: “Adakah anda suka mencium anak-anak anda?”  Baginda menjawab: “Ya.” Mereka berkata lagi: “Tetapi demi Allah, kami tidak pernah mencium anak-anak.” Kemudian, Rasulullah SAW bersabda: “Apakah saya dapat mencegah sekiranya Allah telah mencabut sifat belas kasihan daripada hati kamu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Huraian: Hadis ini menganjurkan agar mengasihi anak-anak, mencium dan menyayangi mereka. Riyadus Solihin & Penjelasannya, 203/204

Orang tidak menyayangi, tidak akan disayangi

Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata Nabi SAW mencium Al-Hasan bin Ali RA dan di samping baginda ada Al-Aqra' bin Habis, lalu Al-Aqra' berkata: "Saya mempunyai sepuluh orang anak. Tetapi saya belum pernah mencium seorang pun daripada mereka."  Lantas Rasulullah SAW memandangnya, kemudian baginda bersabda: "Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Riyadus Solihin & Penjelasannya, 203

Mukminin bagaikan satu tubuh

Daripada An-Nu’man bin Basyir RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:  “Perumpamaan orang-orang Mukminin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling bersimpati adalah bagaikan tubuh. Jika salah satu anggota daripada tubuh merasai sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya, dengan tidak tidur serta berasa panas.”  (Riwayat Bukhari dan Muslim) Huraian: Hadis ini menunjukkan kemuliaan hak-hak orang Islam dan motivasi untuk saling membantu dan mengasihi antara sesama yang lain. Riyadus Solihin & Penjelasannya, 203

Adab membawa senjata di khalayak

 Daripada Abu Musa RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang berjalan di suatu tempat dari masjid-masjid kita atau pasar-pasar kita, sedang dia membawa anak panah, maka hendaklah dia memegang atau menggenggam hujung-hujungnya dengan telapak tangannya, sebab dikhuatirkan dengan anak panahnya akan mengenai seseorang daripada orang-orang Muslimin.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Huraian: Hadis ini menunjukkan perintah menggenggam hujung anak panah. Demikian pada pedang, pisau dan lain-lain. Dan menyimpan peluru dari senapang dan pistol kerana khuatir terkena pada seseorang. Riyadus Solihin & Penjelasannya, 202/203

Mukmin terhadap Mukmin bagaikan bangunan

Mukmin terhadap Mukmin bagaikan bangunan Daripada Abu Musa RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:  “Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lain bagaikan bangunan yang sebahagiannya menguatkan bahagian lainnya.” Dan baginda menjalinkan antara hari-jarinya. (Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim) Huraian: Hadis ini menganjurkan untuk membantu dan membela orang Mukmin. Allah berfirman, maksudnya: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (melakukan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.” (Al-Maidah, ayat 2)  Riyadus Solihin & Penjelasannya, 202

Rasulullah menceritakan hal terkait dengan umat, khuatir terhadap pemimpin menyesatkan

Menurut riwayat Imam Ahmad, daripada Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT telah mengerutkan bumi di hadapanku, sehingga aku dapat melihat negeri-negeri timur dan barat. Dan sesungguhnya kerajaan umatku akan mencapai bahagian-bahagian bumi yang dikerutkan itu. Dan sesungguhnya aku telah diberi dua gudang kekayaan, yang merah dan yang putih (emas dan perak). Dan sesungguhnya aku telah memohon kepada Tuhanku agar umatku tidak dibinasakan dengan kemarau yang merata dan agar mereka tidak dikuasai oleh musuh, selain diri mereka sendiri, yang merampas kejayaan mereka. Dan sesungguhnya Tuhanku yang Maha Perkasa lagi Maha Tinggi berfirman (maksudnya): “Wahai Muhammad, sesungguhnya apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka takkan boleh ditolak. Sesungguhnya Aku telah mengabulkan permohonanmu bagi umatmu, yakni mereka takkan dibinasakan dengan kemarau yang merata dan takkan dikuasai oleh musuh, selain diri mereka sendiri yang merampas kejayaan mereka, seka...

Isyarat mengenai pelbagai rusuhan

Abu Daud meriwayatkan daripada Muslim bin Abi Bakrah daripada ayahnya, dia berkata Rasulullah SAW bersabda:  “Sesungguhnya akan terjadi suatu huru-hara, di mana orang berbaring lebih baik daripada orang yang duduk, orang yang duduk lebih baik daripada orang yang berdiri, orang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang berjalan lebih baik daripada orang berlari.” Abu Bakrah berkata: “Wahai Rasulullah, apa yang anda perintahkan kepadaku?” Rasul menjawab: “Sesiapa memiliki unta, temuilah untanya. Sesiapa memiliki kambing, temuilah kambingnya. Dan sesiapa memiliki kebun, temuilah kebunnya.” Rasul bersabda pula: “Sesiapa tidak memiliki apa-apa, maka ambillah pedangnya, lalu pukullah batu dengan mata pedangnya itu, kemudian selamatkan diri selagi boleh.”  Hadis sama diriwayatkan pula oleh Muslim daripada Utsman as-Sahham. Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 53

Orang tidak percaya lagi teman rapatnya

Isyarat bakal terjadi rusuhan membinasakan akhlak sehingga orang tidak percaya lagi teman rapatnya Abu Daud (atau dieja juga Abu Dawud) meriwayatkan daripada Wabisah bin Ma’bad al-Asadi, daripada Ibnu Mas’ud, dia berkata: Pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda — lalu Ibnu Mas’ud menyebut sebahagian hadis seperti yang diriwayatkan daripada Abu Bakrah — dan selanjutnya bersabda pula, “semua yang terbunuh dalam huru-hara itu masuk neraka.” Dalam hadis itu, Wabisah mengatakan: “Saya bertanya, bilakah perkara itu terjadi wahai Ibnu Mas’ud. Ibnu Mas’ud menjawab: Itulah zaman rusuhan, di mana seseorang lelaki tidak berasa selamat terhadap teman duduknya.  Saya bertanya: Kalau begitu, apa yang anda perintahkan kepadaku, jika aku melalui zaman itu? “Tahanlah lidah dan tanganmu,” jawab Ibnu Mas’ud menyarankan “Jadilah seseorang yang betah menetap dalam rumah.”  Wabisah bercerita: “Ketika Utsman te...

Isyarat bakal terjadi rusuhan membinasakan akhlak sehingga orang tidak percaya lagi teman rapatnya

Abu Daud (atau dieja juga Abu Dawud) meriwayatkan daripada Wabisah bin Ma'bad al-Asadi, daripada Ibnu Mas'ud, dia berkata: Pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda — lalu Ibnu Mas'ud menyebut sebahagian hadis seperti yang diriwayatkan daripada Abu Bakrah — dan selanjutnya bersabda pula, "semua yang terbunuh dalam huru-hara itu masuk neraka." Dalam hadis itu, Wabisah mengatakan: "Saya bertanya, bilakah perkara itu terjadi wahai Ibnu Mas'ud. Ibnu Mas'ud menjawab: Itulah zaman rusuhan, di mana seseorang lelaki tidak berasa selamat terhadap teman duduknya.  Saya bertanya: Kalau begitu, apa yang anda perintahkan kepadaku, jika aku melalui zaman itu? "Tahanlah lidah dan tanganmu," jawab Ibnu Mas'ud menyarankan "Jadilah seseorang yang betah menetap dalam rumah."  Wabisah bercerita: "Ketika Utsman terbunuh, maka terbanglah hatiku tinggi-tinggi, lalu memacu kenderaanku sehingga aku tiba di Damsyik. Di sana aku menemui Huraim b...

Isyarat menjelang kiamat

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA — sabda Rasulullah SAW:  "Takkan terjadi kiamat sehingga ada dua pasukan besar berperang. Pertempuran terjadi di antara kedua-duanya demikian sengitnya, padahal pengakuan masing-masing sama. "Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga dibangkitkannya dajal-dajal pendusta, hampir ada 30 jumlahnya, masing-masing mengaku dirinya utusan Allah. "Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga dicabut ilmu, banyak terjadi gempa bumi, waktu berlalu cepat, huru-hara bermaharajalela dan banyak terjadi rusuhan, iaitu pembunuhan. "Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga harta kamu melimpah ruah, sehingga membuat pening pemilik harta, kerana kepayahan mencari siapa yang akan menerima sedekahnya, sehingga dia menawarkannya, maka orang yang ditawarkan berkata: Aku tidak memerlukannya. "Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga manusia berlumba memanjangkan (atau meninggikan) pada binaan. "Dan (takkan terjadi kiamat) sehingga seseorang melalui kub...

Lembah Eufrat dan emas

Rasulullah SAW memberitahu mengenai kekayaan melimpah ruah yang akan dihasilkan dari bumi Arab dan kekayaan ini akan menimbulkan perpecahan, pertengkaran dan peperangan Menurut riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA — Rasulullah SAW bersabda: “Tidak lama lagi lembah Eufrat (Furat) akan membuka gudang kekayaan berisi emas. Maka, sesiapa mengalami saat itu janganlah dia mengambilnya sedikitpun.” Sedangkan riwayat Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Takkan terjadi kiamat sebelum lembah Eufrat menyingkapkan sebuah gunung emas yang menyebabkan peperangan di antara sesama manusia yang merebutkannya. Dari setiap seratus (100) orang akan terbunuh 99. Dan setiap orang daripada mereka berkata “barangkali akulah yang akan selamat”.  Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 49

Badan yang sedang

Daripada Said al-Jurairiy, dia berkata: “Saya mendengar Abu at-Tufail berkata: Saya telah melihat Nabi SAW dan tiada seorang pun di muka bumi ini yang melihatnya selain daripada saya.” “Saya (Said al-Jurairiy) berkata: Gambarkan dia kepadaku. Dia (Abu at-Tufail) berkata: Baginda putih, elok dan sedang (sederhana, tidak gemuk, tidak kurus, tidak tinggi dan tidak rendah).” Sumber Asy-Syamaail al-Muhammadiyyah

Wanita Daus di sekeliling Dzul Khalasoh

Al-Bukhari meriwayatkan — daripada Abu Hurairah, “pernah saya mendengar Rasulullah bersabda: Takkan terjadi kiamat sehingga punggung wanita Daus bergoyang-goyang di sekeliling Dzul Khalasoh. – Dzul Khalasoh ialah berhala kabilah Daus yang mereka sembah pada zaman Jahiliyah.  Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 48 / 49 

Kejadian akhir zaman

Isyarat Rasulullah rusuhan selalu berlaku sehingga orang hidup ingin kepada mati Al-Bukhari meriwayatkan — daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak akan terjadi kiamat, sehingga seseorang melalui kubur orang lain, lalu dia berkata; andai aku menggantikan tempatnya. Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 48

Beriman, beristiqamah

Daripada Abu ‘Amru — ada dikatakan Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdullah RA, dia berkata: Saya bertanya, wahai Rasullah, katakanlah padaku mengenai Islam suatu pernyataan yang tidak akan saya tanyakan lagi kepada seseorang selain engkau. Rasulullah SAW menjawab: “Katakanlah, saya beriman kepada Allah, kemudian istiqamah (tetap teguh).” (Diriwayatkan oleh Muslim) Sumber — Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 102 & 103 Huraian: Hadis ini menghimpunkan makna Islam dan iman secara keseluruhan.  Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (daripada sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Surah al-Ahqaf, ayat 13 — Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, halaman 1347) Dalam keterangan diberikan tafsir itu: Set...