Langkau ke kandungan utama

Konstantinopel atau Rom

Imam Ahmad meriwayatkan: Abu Qatil menyampaikan hadis kepadaku, katanya: Kami pernah berada di hadapan Abdullah bin Umar, dan dia ditanya, manakah yang akan ditakluk di antara kedua-dua kota, Konstantinopel atau Rom?

Ahmad berkata: Kata Abu Qatil, Abdullah meminta diambilkan sebuah peti yang ada gelang-gelangnya, lalu dia keluarkan dari peti itu sebuah kitab.

Lalu Abdullah berkata: Ketika kami berada di sekeliling Rasulullah SAW sambil menulis, tiba-tiba baginda ditanya: Kota manakah yang akan ditakluk terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom?

Rasulullah SAW menjawab: “Kota Hiraqlius akan ditakluk terlebih dahulu.” — Maksudnya Konstantinopel.

Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 59

Catatan popular daripada blog ini

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Malaikat melaknati isteri tidak memenuhi ajakan suami

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila suami mengajak wanitanya (isterinya) ke tempat tidurnya namun isteri tidak memenuhi ajakannya, maka suami menjadi marah terhadap isteri, malaikat melaknat isteri sampai pagi. (Muttafaq alaih — sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 236