Langkau ke kandungan utama

Orang tidak percaya lagi teman rapatnya

Isyarat bakal terjadi rusuhan membinasakan akhlak sehingga orang tidak percaya lagi teman rapatnya

Abu Daud (atau dieja juga Abu Dawud) meriwayatkan daripada Wabisah bin Ma’bad al-Asadi, daripada Ibnu Mas’ud, dia berkata: Pernah saya mendengar Rasulullah SAW bersabda — lalu Ibnu Mas’ud menyebut sebahagian hadis seperti yang diriwayatkan daripada Abu Bakrah — dan selanjutnya bersabda pula, “semua yang terbunuh dalam huru-hara itu masuk neraka.”

Dalam hadis itu, Wabisah mengatakan: “Saya bertanya, bilakah perkara itu terjadi wahai Ibnu Mas’ud.

Ibnu Mas’ud menjawab: Itulah zaman rusuhan, di mana seseorang lelaki tidak berasa selamat terhadap teman duduknya. 

Saya bertanya: Kalau begitu, apa yang anda perintahkan kepadaku, jika aku melalui zaman itu?

“Tahanlah lidah dan tanganmu,” jawab Ibnu Mas’ud menyarankan “Jadilah seseorang yang betah menetap dalam rumah.” 

Wabisah bercerita: “Ketika Utsman terbunuh, maka terbanglah hatiku tinggi-tinggi, lalu memacu kenderaanku sehingga aku tiba di Damsyik. Di sana aku menemui Huraim bin Fatik al-Asadi. Lalu dia bersumpah: Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya aku benar-benar telah mendengar berita itu daripada Rasulullah SAW.”

Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 52/53

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248