Langkau ke kandungan utama

La ilaha illallah, kota dan kemunculan dajjal

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: Sudahkah kamu mendengar sebuah kota yang sebelah daripadanya ada di darat dan sebelah lagi ada di laut?

Para sahabat menjawab: Sudah, wahai Rasulullah.

Rasulullah SAW bersabda: Kiamat takkan terjadi sebelum kota itu diserbu oleh tujuh puluh ribu tentera daripada anak keturunan Ishak. Apabila mereka telah datang ke kota itu mereka singgah, tetapi tidak berperang dengan satu senjata pun dan tidak melemparkan satu anak panah pun. Mereka hanya mengucapkan “Laailaha illallah” dan “Allahu akbar”. Maka jatuhlah salah satu daripada kedua-dua belah kota itu.

Tsaur mengatakan saya tidak tahu kecuali bahawa Rasul bersabda: Belahan yang ada di laut. Kemudian mereka mengucapkan untuk kali keduanya “La ilaha illallah” dan “Allahu akbar”, maka jatuhlah belahan yang lain dari kota itu. Sesudah itu mereka mengucapkan pula untuk kali ketiganya “La ilaha illallah” dan “Allahu akbar”, maka terbukalah kota itu bagi mereka sehingga mereka dapat memasukinya, lalu mendapatkan harta rampasan perang. Tatkala mereka sedang membahagi-bahagikan harta rampasan perang tiba-tiba terdengarlah teriakan meminta tolong yang mengatakan “sesungguhnya dajjal benar-benar telah muncul”. Oleh kerana itu mereka pun meninggalkan apa saja lalu pulang.

Rujukan/sumber – Huru-hara Kiamat, 67/68

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248