Langkau ke kandungan utama

10 perkara sebelum kiamat

Dalam riwayat Imam Ahmad yang lain, daripada Hudzaifah bin Asad, dia berkata: Nabi SAW tiba-tiba muncul di hadapan kami ketika kami membincangkan kiamat, baginda bersabda: Apa yang kamu bincangkan?

Kami menjawab: Kami membincangkan soal kiamat.

Baginda bersabda: Sesungguhnya kiamat takkan terjadi sebelum kamu melihat 10 tanda; asap, dajjal, binatang melata, terbit matahari dari barat, turun Nabi Isa bin Maryam, Yakjuj dan Makjuj, tiga kali tanah tenggelam; tanah tenggelam di timur, tenggelam di barat dan tenggelam di Jazirah Arab. Dan akhir daripada semua itu adalah api yang muncul dari arah timur, mengiringi manusia menuju tempat perhimpunan mereka.

* Mengenai Nabi Isa — turun dari langit yang terdekat dengan bumi, di atas menara putih sebelah timur di kota Damaskus (Damsyik) saat solat Subuh.

Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 62/ 63

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248