Langkau ke kandungan utama

"Inilah kebinasaanku"

Imam Ahmad meriwayatkan satu hadis daripada Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), di mana perawinya Abdul Rahman yang mendengar daripada Ibnu Umar mengaku: Waktu itu saya sedang duduk bersamanya di bawah naungan Kaabah, ketika dia menyampaikan hadis ini kepada orang ramai, dia berkata: Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan jauh, maka kami singgah di suatu tempat. Tiba-tiba berserulah seorang penyeru yang ditugaskan Rasulullah SAW — “Assolatu jaami’ah”.

Ibnu Umar berkata: Aku pun tiba di hadapan Rasul ketika baginda sedang berkhutbah di hadapan orang ramai: 

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada sesuatu pun sebelum aku, kecuali Allah SWT (Subhanahu wa Taala) pasti menunjuki hamba-hamba-Nya mana antaranya yang Dia ketahui merupakan kebaikan bagi mereka, dan Dia peringatkan mereka terhadap apa yang diketahui-Nya merupakan keburukan bagi mereka. Dan ketahuilah, sesungguhnya kesentosaan (kesejahteraan) umat ini berada pada awalnya. Lalu, akhir daripada umat ini akan ditimpa bencana dan huru-hara silih berganti. Ketika huru-hara datang, maka berkatalah Mukmin — “Inilah kebinasaanku.” Kemudian huru-hara itu pun selesai, namun kemudian datang lagi. Maka, berkatalah Mukmin — “Inilah, inilah.” Kemudian datang pula huru-hara yang lain, maka dia berkata — “Inilah, inilah.” Kemudian huru-hara itu pun selesai. Oleh kerana itu, sesiapa ingin dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka hendaklah dia berusaha mengalami kematian dalam keadaan beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah dia berlaku adil terhadap sesama manusia seperti yang dia inginkan orang lain berlaku (melayani) terhadapnya. Dan sesiapa berbaiah kepada seorang imam, maka hendaklah dia patuh kepadanya, kalau boleh dan suatu kali baginda mengatakan sebolehnya. 

Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 57/58

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248