Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2023

Anak perempuan tabir daripada seksaan api neraka

Daripada Aisyah RAnha berkata: Seorang perempuan datang ke tempat saya dan bersamanya dua anak perempuannya. Dia (perempuan itu) bertanya (meminta) tetapi tiada suatu apa pun pada saya melainkan sebiji kurma saja. Maka, saya memberikannya (sebiji kurma itu) kepadanya. Maka, dia membahagikannya (sebiji kurma itu) kepada kedua-dua anaknya itu, dan dia sendiri tidak makan daripadanya (kurma itu). Kemudian, dia berdiri, lalu keluar. Maka, Nabi SAW datang ke tempat kami. Maka, saya beritahu kepadanya (mengenai kejadian itu). Maka, baginda bersabda: Sesiapa yang diberikan suatu cubaan daripada anak-anak perempuan seperti ini, maka dia berbuat baik kepada mereka, anak-anak perempuan itu akan menjadi tabir untuknya daripada seksaan neraka. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 229

Keutamaan mencukupi nafkah anak perempuan

Daripada Anas RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa mencukupi nafkah dua anak perempuan sampai kedua-duanya menginjak usia baligh, maka kelak dia datang pada hari kiamat, saya dan dia seperti kedua-dua jari ini. Dan baginda mengumpulkan jari-jarinya. (Diriwayatkan oleh Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 228

Seburuk-buruk makanan

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah tidak diundang orang yang ingin menghadirinya (orang miskin), tetapi diundang orang yang enggan menghadirinya (orang kaya). Namun sesiapa tidak menghadiri undangan walimah, maka dia bermaksiat (berdosa) kepada Allah dan Rasul-Nya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Walimah (lazimnya) adalah majlis jamuan untuk acara perkahwinan dan digunakan juga untuk semua undangan dibuat untuk momen kebahagiaan. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 228

Berusaha untuk janda dan orang miskin bagai berjihad

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: “Orang-orang yang berusaha untuk kepentingan janda dan orang miskin bagaikan orang yang berjihad di jalan Allah.” Dan saya (perawi hadis) mengira bahawa baginda juga bersabda: Dan bagaikan seorang melakukan qiyamullail yang tidak pernah letih dan bagaikan orang berpuasa yang tidak pernah berbuka. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Al-armalatu (atau ringkasnya disebut armalah) dalam hadis itu diterjemahkan sebagai perempuan tidak mempunyai suami atau janda. Rujukan/sumber: Riyadus Solihin & Penjelasannya, 228

Keutamaan memelihara anak yatim

Daripada Sahl bin Saad RA berkata Rasulullah SAW bersabda: Saya dan orang yang memelihara anak yatim di dalam syurga seperti ini. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara kedua-duanya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Ibnu Bathal berkata: Merupakan hak atas semua orang yang mendengar hadis ini untuk mengamalkannya, sehingga dia menjadi teman Nabi di syurga. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 226 Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Pemelihara anak yatim, baik miliknya sendiri atau milik orang lain, saya dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga.” Perawi hadis ini Malik bin Anas mengisyaratkan dengan menggunakan jari telunjuk serta jari tengahnya. (Hadis riwayat Muslim) PENJELASAN Sabda Nabi SAW: “Pemelihara anak yatim, baik miliknya atau milik orang lain” – maksudnya keluarganya sendiri atau orang lain. Yang masih keluarganya seperti anak yatim yang dipelihar...

Penduduk neraka dan syurga

Daripada Abu Said al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Syurga dan neraka saling berbantah. Neraka berkata: Di dalamku ada orang-orang yang memaksa kehendaknya serta orang-orang sombong. Syurga berkata: Di dalamku ada orang-orang yang lemah serta fakir miskin. Maka, Allah memutuskan antara kedua-duanya dengan firman-Nya: Engkau adalah syurga, tempat kerahmatan-Ku. Aku merahmati orang yang Aku kehendaki denganmu, sedangkan engkau neraka tempat azab-Ku. Aku menyeksa sesiapa saja yang Aku kehendaki denganmu. Atas kehendak-Ku pula kamu berdua dipenuhi. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan orang-orang lemah dan miskin melakukan ketaatan kepada Allah serta meninggalkan maksiat. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 219

Tidak termasuk dusta mendamaikan manusia

Daripada Ummu Kultsum binti Uqbah bin Abu Mu’aith berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidak termasuk pendusta seseorang yang mendamaikan antara manusia, maka dia menceritakan yang baik atau mengatakan sesuatu yang baik. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam riwayat Muslim terdapat tambahan, Ummu Kultsum berkata: Saya tidak pernah mendengar Nabi SAW memperkenankan berdusta daripada apa yang diucapkan oleh seseorang melainkan dalam tiga hal, iaitu dalam peperangan, mendamaikan antara manusia serta perkataan seorang suami kepada isterinya dan perkataan isteri kepada suaminya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 215

Beri pertolongan kepada yang memerlukan

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata: Apabila Nabi SAW didatangi oleh seseorang yang meminta suatu keperluan, baginda menemui teman-teman duduknya. Maka, baginda bersabda: Berilah pertolongan kepadanya, nescaya kamu mendapatkan pahala, dan Allah akan memutuskan hal-hal yang Dia senangi melalui lisan nabi-Nya. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 213

Jangan aniaya, jangan serah kepada musuh, tutupi aib, penuhi keperluan dan lapangkan kesukaran

Daripada Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim merupakan saudara seorang muslim yang lain, jangan dia menganiayanya dan jangan pula menyerahkannya (kepada musuh). Sesiapa memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Dan sesiapa melapangkan kesusahan daripada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan untuknya satu kesusahan daripada beberapa kesusahan pada hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat. (Muttafaq alaih – [maksudnya] diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Dilarang menzalimi seorang muslim dan menghinanya. Keutamaan memenuhi keperluan seorang muslim, melapangkan kesusahannya, dan menutupi aibnya. Allah akan bertindak terhadap seorang hamba-Nya sebagaimana hamba-Nya itu bertindak terhadap orang lain, sebagaimana diterangkan dalam hadis yang masyhur: Orang-orang yang menyayangi akan disayang oleh Allah Zat Yang Maha Pengasih. Oleh kerana it...

Tidak dianjurkan mendoakan kehinaan

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW didatangi oleh para sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak. Kemudian baginda bersabda: Pukullah dia. Abu Hurairah berkata: Antara kami ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan sandalnya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah semuanya membubarkan diri, sesetengah orang berkata: Semoga engkau dihinakan oleh Allah. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: Jangan kamu berkata demikian, jangan kamu memberikan pertolongan kepada syaitan untuk menggodanya lagi. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Memukul dengan tangan, sandal dan pakaian memadai sebagai hukuman minum arak. Tidak dianjurkan mendoakan agar diberikan kehinaan oleh Allah dan sebagainya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 211

Isyarat menutup keburukan

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Setiap umatku dimaafkan melainkan orang-orang yang menampakkan (keburukan). Sesungguhnya antara yang menampakkan ialah seorang melakukan suatu perbuatan di waktu malam, padahal Allah telah menutupi keburukannya, kemudian di pagi harinya tiba-tiba dia berkata: “Hai polan (seseorang tidak disebutkan nama), saya malam tadi melakukan begini dan begini.” Semalam orang terbabit telah ditutupi keburukannya oleh Allah tetapi pagi hari dia membuka sesuatu yang telah ditutupi oleh Allah daripada dirinya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 210

Orang menutupi aib akan ditutupi aibnya di hari kiamat

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba pun yang menutupi aib seorang hamba di dunia melainkan dia akan ditutupi aibnya oleh Allah pada hari kiamat. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menganjurkan untuk menutupi aib seorang muslim, lebih-lebih lagi orang yang tidak diketahui keburukannya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 210

7 suruhan dan larangan

Daripada Abu Umarah al-Barra bin Azib RA berkata: Rasulullah SAW menyuruh kami melakukan tujuh perkara dan melarang kami tujuh perkara juga. Rasulullah memerintahkan kami menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazah, mendoakan orang bersin, berbuat baik kepada orang yang bersumpah, menolong orang dizalimi, memenuhi panggilan orang yang memanggil, dan menyebarkan salam. Baginda melarang kami mengenakan cincin yakni cincin emas, minum dengan bekas daripada perak, berhias dengan sutera merah, mengenakan baju sutera campur katun, mengenakan sutera tebal, dan sutera murni. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Istilah “al-mayaatsir” dalam teks hadis diterjemahkan sebagai suatu hiasan yang dibuat daripada sutera dan diisi dengan kapas atau lain-lainnya, lalu diletakkan diatas kuda atau tempat duduk pada unta yang menjadi tempat duduk bagi penunggangnya. Istilah “al-qasiyy” dalam teks hadis itu diertikan pakaian dibuat daripada tenunan sutera dan katun yang dicampur...

Hak sesama muslim

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada lima: Menjawab salam, menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazahnya, menghadiri panggilannya (atau undangan) dan mendoakan orang bersin. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam hadis diriwayatkan Muslim disebutkan: Hak seorang muslim terhadap sesama muslim ada enam; jika kamu bertemu dengannya maka ucapkanlah salam kepadanya, jika dia memanggilmu maka penuhilah panggilannya, jika dia meminta nasihat kepadamu maka berilah dia nasihat, jika dia bersin kemudian memuji Allah maka doakanlah dia, jika dia sakit jenguklah dia, dan jika dia meninggal dunia maka hantarkan jenazahnya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 208

Tolong orang melakukan kezaliman

Daripada Anas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tolonglah saudaramu, dia orang melakukan kezaliman atau dizalimi. Maka, seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, saya dapat menolongnya jika dia orang dizalimi, (tapi) tidakkah anda lihat jika seorang melakukan kezaliman, bagaimana saya dapat menolongnya? Baginda berkata: Kamu menghalanginya atau kamu mencegahnya daripada kezalimannya. Maka, sesungguhnya yang demikian itu menolongnya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 208

Cintai sesama muslim

Daripada Anas RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai bagi saudaranya hal yang dia cintai bagi dirinya sendiri. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Keimanan sempurna tidak dapat tercapai sehingga seseorang suka atau mencintai ketaatan atau hal-hal yang harus pada diri seorang muslim sebagaimana dia suka hal itu ada pada dirinya sendiri. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 207/208