Langkau ke kandungan utama

Penduduk neraka dan syurga

Daripada Abu Said al-Khudri meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Syurga dan neraka saling berbantah. Neraka berkata: Di dalamku ada orang-orang yang memaksa kehendaknya serta orang-orang sombong. Syurga berkata: Di dalamku ada orang-orang yang lemah serta fakir miskin. Maka, Allah memutuskan antara kedua-duanya dengan firman-Nya: Engkau adalah syurga, tempat kerahmatan-Ku. Aku merahmati orang yang Aku kehendaki denganmu, sedangkan engkau neraka tempat azab-Ku. Aku menyeksa sesiapa saja yang Aku kehendaki denganmu. Atas kehendak-Ku pula kamu berdua dipenuhi. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

PENJELASAN

Hadis ini mengandungi keutamaan orang-orang lemah dan miskin melakukan ketaatan kepada Allah serta meninggalkan maksiat.

Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 219

Catatan popular daripada blog ini

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Malaikat melaknati isteri tidak memenuhi ajakan suami

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila suami mengajak wanitanya (isterinya) ke tempat tidurnya namun isteri tidak memenuhi ajakannya, maka suami menjadi marah terhadap isteri, malaikat melaknat isteri sampai pagi. (Muttafaq alaih — sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 236