Langkau ke kandungan utama

Keutamaan memelihara anak yatim

Daripada Sahl bin Saad RA berkata Rasulullah SAW bersabda: Saya dan orang yang memelihara anak yatim di dalam syurga seperti ini. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan jari tengahnya dan merenggangkan antara kedua-duanya. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

PENJELASAN

Ibnu Bathal berkata: Merupakan hak atas semua orang yang mendengar hadis ini untuk mengamalkannya, sehingga dia menjadi teman Nabi di syurga.

Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 226


Daripada Abu Hurairah RA berkata Rasulullah SAW bersabda: “Pemelihara anak yatim, baik miliknya sendiri atau milik orang lain, saya dan dia seperti dua jari ini di dalam syurga.” Perawi hadis ini Malik bin Anas mengisyaratkan dengan menggunakan jari telunjuk serta jari tengahnya. (Hadis riwayat Muslim)

PENJELASAN

Sabda Nabi SAW: “Pemelihara anak yatim, baik miliknya atau milik orang lain” – maksudnya keluarganya sendiri atau orang lain. Yang masih keluarganya seperti anak yatim yang dipelihara oleh ibunya, neneknya, saudaranya atau kerabatnya yang lain.

An-Nawawi berkata: Keutamaan ini diperoleh orang yang memelihara anak yatim dengan hartanya sendiri atau harta anak yatim dengan status kewalian menurut syariat.

Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 227

Catatan popular daripada blog ini

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Malaikat melaknati isteri tidak memenuhi ajakan suami

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila suami mengajak wanitanya (isterinya) ke tempat tidurnya namun isteri tidak memenuhi ajakannya, maka suami menjadi marah terhadap isteri, malaikat melaknat isteri sampai pagi. (Muttafaq alaih — sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 236