Langkau ke kandungan utama

7 suruhan dan larangan

Daripada Abu Umarah al-Barra bin Azib RA berkata: Rasulullah SAW menyuruh kami melakukan tujuh perkara dan melarang kami tujuh perkara juga.

Rasulullah memerintahkan kami menjenguk orang sakit, menghantarkan jenazah, mendoakan orang bersin, berbuat baik kepada orang yang bersumpah, menolong orang dizalimi, memenuhi panggilan orang yang memanggil, dan menyebarkan salam.

Baginda melarang kami mengenakan cincin yakni cincin emas, minum dengan bekas daripada perak, berhias dengan sutera merah, mengenakan baju sutera campur katun, mengenakan sutera tebal, dan sutera murni. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

PENJELASAN

Istilah “al-mayaatsir” dalam teks hadis diterjemahkan sebagai suatu hiasan yang dibuat daripada sutera dan diisi dengan kapas atau lain-lainnya, lalu diletakkan diatas kuda atau tempat duduk pada unta yang menjadi tempat duduk bagi penunggangnya.

Istilah “al-qasiyy” dalam teks hadis itu diertikan pakaian dibuat daripada tenunan sutera dan katun yang dicampurkan.

Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 209

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248