Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2023

Nescaya kamu sedikit ketawa, banyak menangis

Dalam Sahih Muslim ada riwayat; daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Demi Allah yang menggenggam jiwaku, andai kamu dapat melihat apa yang aku lihat, nescaya kamu hanya sedikit ketawa dan banyak menangis. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apa yang anda lihat? Baginda menjawab: Aku melihat syurga dan neraka. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 571

Orang fakir kebanyakan penghuni syurga

Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada riwayat: Daripada Imran bin Husain RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku pernah memeriksa syurga, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah orang-orang fakir. Pernah pula aku memeriksa neraka, maka kulihat kebanyakan penghuninya adalah wanita. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 571

Masuk neraka kerana kucing, masuk syurga kerana dahan berduri

Rasulullah SAW bersabda: Ada seorang wanita masuk neraka gara-gara seekor kucing. Kucing diikatnya sehingga mati. Yakni dia tidak memberinya makan dan minum, tetapi tidak juga dia lepaskan sehingga dapat memakan binatang-binatang kecil di tanah. Sesungguhnya, kulihat api itu memanggangnya sampai meleleh. Sebaliknya, baginda pernah bercerita tentang seorang lelaki yang menyingkirkan dahan berduri dari jalan lalu lintas orang. Baginda katakan: Aku melihatnya berteduh pada dahan itu di dalam syurga. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 570-571

Andai dapat dipetik anggur

Rasulullah SAW pernah menceritakan pada saat melakukan solat Khusuf (gerhana matahari) bahawa syurga dan neraka diperlihatkan kepada baginda. Ketika syurga ada berdekatan baginda, maka baginda hendak mengambil beberapa petik anggur, yang andaikan waktu itu baginda berjaya mengambilnya, “nescaya kamu akan dapat memakannya selama dunia masih berkembang,” demikian kata baginda. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 570

Masuk syurga kerana bersuci dengan sempurna

Rasulullah pernah berkata kepada Bilal: Aku masuk syurga, maka terdengar olehku suara gesekan kasutmu di hadapanku dalam syurga itu. Dari itu, beritahulah aku, amalan apakah yang paling kamu harapkan (manfaatnya), yang telah kamu lakukan dalam Islam? Bilal berkata: Tiada amalan yang telah aku lakukan dalam Islam, yang lebih aku harapkan manfaatnya, selain bersuci dengan sempurna, siang ataupun malam, lalu aku solat dengan wuduk itu sebanyak-banyaknya yang telah ditetapkan oleh Allah untukku. Rasulullah memberitahu pula kepadaku, kata Jabir ‘mengenai Rumaisa’ bahawa baginda melihatnya dalam syurga. Demikian (apa yang difahami) menurut hadis dikeluarkan oleh al-Bukhari dan Muslim; daripada Jabir bin Abdullah. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 570

Inilah Kautsar

Dalam Sahih Muslim ada riwayat: Daripada Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ketika aku berjalan dalam syurga, maka terlihatlah olehku sebatang sungai yang kedua-dua tepinya berupa kubah-kubah mutiara berongga. Aku bertanya, “apa ini?” Maka, jawab Jibril, “inilah Kautsar yang Tuhan berikan kepadamu”. Dalam manaqib (biografi) Umar RA, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Aku dimasukkan ke dalam syurga, maka aku melihat seorang wanita sedang berwuduk dalam sebuah istana. Aku bertanya kepada dia: “Kamu ini milik siapa?” Wanita itu menjawab: “Aku milik Umar bin Khattab RA.” Aku hendak masuk ke dalam istana itu, kata Rasul, tetapi teringat oleh aku kecemburuanmu. (Mendengar itu) Umar RA menangis, lalu berkata: Layakkah saya mencemburui anda, wahai Rasulullah! Hadis ini ada dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, diriwayatkan daripada Jabir RA. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 569-570

Sungguh beruntung orang beriman

Disebutkan dalam satu hadis yang diriwayatkan secara marfu’ daripada Abu Hurairah: Setelah Allah menciptakan syurga, maka berfirman kepada Jibril: “Pergilah kamu memeriksa syurga…” Disebutkan pada hadis lain: Setelah Allah menciptakan syurga, maka berfirman kepadanya: “Berkatalah.” Syurga pun berkata: “Sungguh, beruntunglah orang-orang yang beriman.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 568-569

Apabila meninggal dunia diperlihatkan tempat duduknya

Dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim, ada riwayat: Daripada Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya apabila seorang daripada kamu sekalian telah meninggal dunia, maka diperlihatkan kepadanya tempat duduknya pada waktu pagi dan petang. Jika dia tergolong penghuni syurga, maka tempat duduknya itu tempat duduk penghuni syurga. Jika dia tergolong penghuni neraka, maka tempat duduknya itu tempat duduk penghuni neraka. Lalu dikatakan: “Inilah tempat dudukmu, (tunggulah) sampai Allah membangkitkan kamu pada hari kiamat.” Dalam Sahih Muslim, ada riwayat daripada Ibn Mas’ud RA: Roh-roh para syuhada ada dalam tembolok burung berwarna hijau, yang dibiarkan berkeliaran dalam syurga sekehendaknya, kemudian roh-roh itu masuk ke dalam lampu-lampu yang tergantung pada arasy. Dalam hadis Muttafaq Alaih terdahulu: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, dinyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Syurga dikelilingi dengan perkara-perkara yang tidak menyenangkan, sedangkan neraka dik...

Ada yang masuk syurga tanpa hisab, tanpa azab

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim: Daripada Ibnu Abbas, daripada Nabi SAW. Baginda bersabda: Telah diperlihatkan kepadaku berbagai-bagai umat. Aku melihat seorang nabi diikuti beberapa orang, seorang nabi lain diikut seorang dan dua orang, dan seorang nabi lain tidak diikut seorang pun. Kemudian, nampaklah sekumpulan orang ramai, kukira (aku sangka) mereka umatku, ternyata dijelaskan kepadaku; “ini adalah Musa AS dan kaumnya, tapi lihatlah ke ufuk itu”. Aku pun melihat, maka nampaklah olehku segolongan manusia yang sangat ramai. Lalu dijelaskan kepadaku; “inilah umatmu, antara mereka ada 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa diazab (terlebih dulu).” Menurut riwayat Muslim: Daripada Imran bin Husain, Rasulullah SAW bersabda: Daripada umatku ada 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab dan azab. Nabi ditanya: Siapakah mereka? Baginda menjawab: Mereka adalah orang-orang yang tidak bergantung kesembuhan penyakitnya pada perubatan a...

Golongan masuk syurga, wajah mereka bersinar bagai bulan malam purnama

Dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim ada diriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Daripada umatku ada satu golongan yang masuk syurga, mereka ada 70,000 orang, wajah mereka bersinar bagaikan bulan pada malam purnama. Lalu, berdiri Ukasyah bin Muhsin (al-Asadi, sambil menyerahkan secarik kain wol bergaris) dia berkata: Wahai Rasulullah, doakan saya kepada Allah supaya menjadikan saya tergolong mereka. Rasulullah pun mendoakan dia agar Allah menjadikannya tergolong mereka. Dan tiba-tiba berdiri pula seorang lain daripada kaum Ansar, lalu berkata: Wahai Rasulullah, doakan saya juga kepada Allah agar menjadikan tergolong mereka. Baginda bersabda: Kamu didahului oleh Ukasyah. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 565

Sebaik-baik generasi

Dinyatakan dalam sahih al-Bukhari dan Muslim: “Sebaik-baik masa adalah masa (hidup) ku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya lagi. Sesudah itu datang suatu kaum di bawah matahari – atau langit – yang bernazar tetapi tidak ditunaikannya, bersyahadah tetapi enggan mati syahid, berkhianat dan tidak boleh dipercayai.” (Hadis riwayat Bukhari 5/2, dan Muslim dalam sahihnya 2/271) Memang begitu, bahawa sebaik-baik umat ini adalah angkatan (generasi) pertama yang terdiri daripada para sahabat Rasulullah sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Mas’ud RA: “Sesiapa antara kamu sekalian mahu mengikut, maka ikutlah angkatan yang sudah meninggal iaitu para sahabat Nabi Muhammad SAW. Antara umat ini, merekalah yang hatinya paling beriman, ilmunya paling agung dan paling sedikit mengada-adakan. Mereka adalah kaum yang telah dipilih Allah untuk menemani Nabi-Nya dan menolong agama-Nya. Akuilah kedudukan mereka dan ikutlah mereka. Sesungguhnya mereka sen...

Orang lemah tertindas penghuni syurga, orang kasar sombong penghuni neraka

Dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat: Daripada Haritsah bin Wahab. Nabi SAW bersabda: Tidakkah aku beritahu kepadamu sekalian siapa penghuni syurga? Iaitu setiap orang lemah yang tertindas. Namun jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya dia tunaikan sumpahnya. Dan tidakkah aku beritahu kepadamu sekalian siapa penghuni neraka? Iaitu setiap orang yang kasar dan sombong. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 564

Selisih waktu masuk syurga antara orang fakir dan orang kaya

Dalam Musnad Imam Ahmad, Jami’ at-Tirmidzi dan sunan Ibnu Majah, ada diriwayatkan secara marfu’: Daripada Abu Hurairah RA: Muslimin yang fakir masuk syurga lebih dahulu daripada mereka yang kaya dengan selisih setengah hari, iaitu lima ratus tahun. Sanad hadis ini sesuai syarat Muslim dan menurut at-Tirmidzi darjatnya hasan sahih. Menurut riwayat Muslim: Daripada Abdullah bin Umar RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang fakir daripada Muhajirin (masuk syurga) mendahului orang-orang kaya pada hari kiamat dengan selisih empat puluh kali musim gugur. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 563

Hawa sejuk dan panas

Diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim: Daripada Rasulullah SAW: Bahawa baginda sudah melihat syurga dan neraka pada malam Israk. Rasulullah SAW bersabda pula: Neraka mengadu kepada Tuhannya lalu berkata: “Wahai Tuhanku, sebahagianku memakan sebahagian yang lain.” Tuhan mengizinkan neraka bernafas dua kali (dalam setahun), sekali di musim sejuk dan sekali lagi pada musim panas. Hawa paling sejuk yang kamu rasakan adalah berasal dinginnya neraka. Hawa paling panas yang kamu rasakan adalah berasal daripada panasnya neraka. Oleh kerana itu, apabila terjadi hawa panas, maka tunggulah sampai hawa menjadi sejuk untuk melakukan solat. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 559-560

Berkat doa keampunan anak buat ayah

Diriwayatkan oleh Ahmad: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah benar-benar mengangkat darjat hamba yang soleh di syurga kelak, maka dia berkata: “Wahai Tuhanku! Dari mana ini semua aku perolehi?” Allah menjawab: “Kerana anakmu sentiasa memohon keampunan untukmu.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 559

Hakikat iman

Disebutkan dalam Sahih al-Bukhari dalam kitab al-iman dalam hadis riwayat Haritshah bin Suraqah, ketika Rasulullah SAW bertanya kepadanya: “Bagaimana keadaanmu pagi ini?” Haritshah menjawab: “Pagi ini aku benar-benar beriman kepada Allah.” “Apa hakikat imanmu,” tanya Rasul. Maka dia jawab: “Aku telah memalingkan diriku dari dunia. Yakni aku berjaga di malam hari, dahaga di siang hari. Ianya seakan-akan aku melihat arasy Tuhanku nampak nyata, dan aku melihat para penghuni syurga saling berkunjung dan para penghuni neraka diseksa di sana.” (Mendengar itu) maka baginda bersabda: “(Inilah) hamba yang diterangi hatinya oleh Allah.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 554-555

Kuda syurga

At-Tirmidzi meriwayatkan: Daripada Sulaiman bin Abi Buraidah, daripada ayahnya, bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah, apakah di dalam syurga ada kuda?” Rasul menjawab: “Sesungguhnya, apabila kamu telah dimasukkan Allah ke dalam syurga, maka kamu di sana benar-benar takkan dinaikkan di atas kuda selain kuda daripada permata yaqut merah yang boleh terbang membawamu dalam syurga ke mana pun yang kamu inginkan.” Abu Buraidah berkata, ada seorang lelaki lain bertanya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ini seorang penggemar kuda, apakah di syurga ada kuda?” Rasulullah menjawab: “Demi Allah yang menggenggam jiwaku, sesungguhnya di syurga benar-benar terdapat kuda dan unta yang cepat dan berbadan langsin, berjalan di celah-celah dedaunan syurga. Mereka saling berkunjung sesamanya ke mana pun mereka suka.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 551-552

Nyanyian bidadari dalam syurga

Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi: Daripada Ali bin Abi Talib Karramallahu Wajhah, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Dalam syurga ada tempat pertemuan para bidadari. (Di sana) mereka menyanyi dengan suara-suara yang tidak pernah didengar sama sekali oleh makhluk apa pun. Mereka melantunkan (lirik-lirik lagu) Kami wanita alam baqa, takkan binasa selamanya Kami wanita ceria, tak kenal susah selamanya Kami wanita yang rela, tak kenal murka selamanya Bahagialah lelaki, yang menjadi milik kami (Bahagialah manusia), yang kami milik dia. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 551

Cari syurga, lari dari neraka, sekuat tenagamu

Abu Bakar asy-Syafie meriwayatkan: Daripada Kulaib bin Harb. Dia menyatakan: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Carilah syurga sekuat tenagamu, dan larilah dari neraka sekuat tenagamu. Sesungguhnya pencari syurga itu tidak sepatutnya tidur. Dan sesungguhnya orang yang lari dari neraka itu tidak sepatutnya tidur. Sesungguhnya akhirat sekarang ini dikelilingi dengan perkara-perkara yang tidak disukai. Dan sesungguhnya dunia dikelilingi dengan pelbagai kesenangan. Maka, jangan sampai dunia ini melalaikan kamu daripada akhirat.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, 549-550 Nota – Tidur dalam hadis itu bukanlah bermaksud melarang daripada tidur. Ia dalam konteks tidur berlebihan, asyik dengan tidur atau tewas dengan tidur, sehingga malamnya langsung tidak diisi dengan amalan ibadat kepada Tuhannya. Orang mencari syurga sepatutnya cergas, rajin melakukan amalan yang menuju ke arahnya, sekali gus menjauhkan diri dari neraka.

Mintalah diselamatkan dari neraka, dimasukkan ke syurga

Abu Ya’la meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW: Tidak seorang pun yang minta diselamatkan dari neraka tiga kali, melainkan neraka berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu, polan (seseorang) benar-benar telah meminta diselamatkan dariku, maka selamatkanlah dia.” Tidak seorang pun yang meminta diberikan syurga tujuh kali, melainkan syurga berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya hamba-Mu polan (seseorang) telah meminta dariku, maka masukkanlah dia ke dalam syurga.” (Hadis ini sesuai syarat Muslim) At-Tirmidzi, an-Nasai dan Ibnu Majah meriwayatkan: Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa meminta syurga kepada Allah tiga kali, maka syurga berkata: “Wahai Allah, masukkanlah dia ke dalam syurga. Dan sesiapa meminta perlindungan kepada Allah dari neraka tiga kali, maka neraka itu berkata: Wahai Allah, selamatkanlah dia dari neraka.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, 549

Rumah itu adalah syurga

Al-Bukhari dan lainnya meriwayatkan: Daripada Jabir, bahawa ada beberapa malaikat datang kepada Rasulullah SAW ketika sedang tidur. Sebahagian daripada mereka berkata: Dia sedang tidur. Yang lain berkata: Matanya memang tidur, tetapi hatinya tidak. Mereka berkata: Sesungguhnya temanmu ini mempunyai perumpamaan, maka buatlah perumpamaan untuknya. Berkata yang lain: Perumpamaan dia adalah seperti orang yang membina sebuah rumah, lalu mengadakan jamuan makan di dalamnya. Pemilik rumah itu mengirim seseorang untuk menyampaikan undangan. Sesiapa memenuhi undangan itu, maka dia masuk ke rumah itu dan ikut makan pada jamuan itu. Sesiapa tidak memenuhi undangan, maka tidak masuk ke rumah itu dan tidak ikut makan pada jamuan itu. Mereka berkata: Terangkan perumpamaan itu, supaya dia faham. Yang lain mengatakan: Dia masih tidur. Tapi dibantah oleh yang lain lagi: Matanya memang tidur, tapi hatinya tidak. Mereka berkata: Rumah itu adalah syurga. Penyampai undangan itu adalah Muhammad SAW. Sesiapa...

Suasana syurga

Abu Bakar al-Bazzar meriwayatkan: Bahawa perawi hadis ini mendengar Usamah bin Zaid RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW: Tidakkah (kamu sekalian) segera bersiap sedia menuju syurga? Sesungguhnya syurga tidak ada bandingnya. Demi Zat Pemelihara Kaabah, syurga itu bercahaya gemerlap, berbau harum semerbak, (berisi) gedung yang kukuh, sungai yang mengalir, buah yang matang, isteri yang cantik jelita, pakaian-pakaian yang banyak, (tinggal) di tempat yang abadi, di negeri yang damai, (di mana terdapat) buah-buahan, sayur-sayuran, tetangga dan kenikmatan, di tempat yang tinggi megah. Para sahabat berkata: Wahai Rasulullah, kami segera bersiap sedia menuju syurga. Rasul bersabda: Kalau begitu, ucapkanlah In-sya-Allah. Maka mereka pun mengucapkan In-Sya-Allah. Al-Bazzar mengatakan: Untuk hadis ini kami hanya mengetahui jalur sanad ini saja. Dalam hadis diriwayatkan secara marfu’ oleh Abu Bakar bin Abi Syaibah: Daripada Abu Hurairah, bahawa: Tanah syurga itu putih, halamannya kapur-kapur ...

Angin syurga dan keharumannya

Abu Daud ath-Thayalisi meriwayatkan: Daripada Abdullah bin Amr bin As RA bahawa Nabi bersabda: Sesiapa mengaku bernasab kepada selain ayahnya sendiri, maka dia tidak akan mencium bau syurga, padahal sesungguhnya bau syurga benar-benar boleh tercium dari jarak perjalanan lima puluh tahun. Hadis ini diriwayatkan pula oleh Ahmad, daripada Ghandar, daripada Syu’bah, di mana dia berkata: Sab’iina ‘aaman (tujuh puluh tahun). Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abdullah bin Amr, Nabi SAW bersabda: Sesiapa membunuh seorang mu’ahid (orang bukan Islam yang telah membuat perjanjian damai dengan umat Islam), maka dia tidak akan mencium bau syurga. Padahal sesungguhnya bau syurga benar-benar tercium dari jarak perjalanan empat puluh tahun. Menurut riwayat ath-Thabarani: daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa membunuh seorang mu’ahid tanpa alasan yang benar, maka dia tidak akan mencium bau syurga. Padahal sesungguhnya bau syurga tercium dari jarak perja...

Bertemu di pasar syurga

Al-Hafiz Abu Bakar bin Abi Asim meriwayatkan: Daripada Said bin Al-Musayyab bahawa dia pernah bertemu Abu Hurairah. Abu Hurairah berkata: Mohonlah kamu kepada Allah agar aku dan kamu boleh bertemu di pasar di syurga. “Di syurga ada pasar,” tanya Ibn Al-Musayyab. Ya, jawab Abu Hurairah, Rasulullah pernah memberitahu kepadaku: Sesungguhnya apabila para penghuni syurga telah memasuki syurga kerana keutamaan amalan mereka, maka mereka benar-benar diizinkan – selama waktu seukuran panjangnya dengan hari Jumaat semasa di dunia – untuk berkunjung kepada Allah, di suatu taman di antara taman-taman syurga. Dipasang untuk mereka panggung-panggung daripada cahaya, panggung-panggung daripada mutiara, panggung-panggung daripada permata Zabarjad. Panggung-panggung daripada permata yaqut, panggung-panggung daripada emas dan panggung-panggung daripada perak. Sedang orang paling rendah antara mereka – meskipun sebenarnya tidak ada orang rendah di sana – duduk di atas ...

"Apa yang kami dapat pada hari Jumaat?"

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar; daripada Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jibril pernah datang kepadaku dengan membawa cermin putih di tangannya. Pada cermin itu ada setitik noda hitam. Maka, aku bertanya, apa in, hai Jibril? Dia menjawab: Ini Jumaat. Tuhanmu hendak memperlihatkannya kepadamu. Selanjutnya, ia menjadi hari raya bagimu dan bagi kaummu sepeninggalanmu. Kamulah yang ada di hadapan, sedang orang-orang Yahudi dan Nasrani ada di belakangmu. Rasul bertanya: Apa yang kami dapat pada hari Jumaat? Jibril menjawab: Pada hari itu bagimu ada suatu saat, di mana orang Mukmin mana pun yang meminta kebaikan kepada Tuhannya, yang memang sudah ditetapkan menjadi bahagiannya, pasti kebaikan itu diberikan kepadanya. Apabila dia meminta kebaikan yang bukan menjadi bahagiannya, maka Allah menyimpan untuknya sesuatu yang lebih besar lagi daripada itu. Apabila Mukmin itu meminta perlindungan daripada keburukan yang sudah ditetapkan untuknya, nescaya Allah melindunginya daripada keburukan yang...

Al-Husna dan ziyadah

Menurut riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim; daripada Abu Musa al-Asy’ari RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya Allah pada hari kiamat mengutus seorang petugas untuk menyeru; wahai sekalian penghuni syurga! Dengan suara yang dapat didengar oleh orang-orang paling hadapan mahupun paling belakang; sesungguhnya Allah pernah menjanjikan kepadamu “al-Husna” dan “ziyadah”. Al-Husna adalah syurga, dan ziyadah adalah memandang kepada Wajah Tuhan Yang Maha Pengasih.” Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 537

Disingkap hijab daripada mereka

Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Suhaib RA bahawa Rasulullah SAW pernah membacakan ayat berikut (maksudnya): “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya.” (Yunus, 26) Lalu Rasulullah SAW bercerita: Apabila semua penghuni syurga telah masuk syurga, dan semua penghuni neraka telah masuk neraka, maka terdengarlah suatu seruan: “Wahai sekalian penghuni syurga, sesungguhnya bagimu di sisi Allah ada janji yang akan Dia tunaikan kepadamu.” “Apa itu, penghuni syurga tertanya-tanya. Bukankah semua amalan (kebaikan) kami telah Engkau jadikan lebih berat? Bukankah telah Engkau jadikan wajah-wajah kami putih berseri! Engkau masukkan kami ke dalam syurga, dan Engkau keluarkan kami dari neraka!” Rasul bersabda (meneruskan ceritanya): “Lalu disingkapkan hijab daripada mereka, sehingga mereka dapat memandang kepada Allah. Demi Allah, tidak ada sesuatu yang diberikan Allah kepada mereka, yang lebih mereka sukai dan meny...

Saling berpandangan antara penghuni syurga dan Allah

Abu Abdillah Muhamad bin Yazid bin Majah pada kitab as-sunnah dalam sunannya, meriwayatkan: Daripada Jabir bin Abdillah RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Ketika para penghuni syurga berada dalam kenikmatan mereka, tiba-tiba muncullah cahaya menyinari mereka. Mereka pun mendongakkan kepala mereka dan ternyata atas kurnia-Nya, Allah menghampiri mereka dari atas, seraya mengucapkan: “Assalamualaikum wahai sekalian penghuni syurga!” Rasul bersabda: Itulah yang dimaksudkan pada firman Allah (bermaksud); (kepada mereka dikatakan) salam sebagai ucapan selamat daripada Tuhan Yang Maha Penyayang (Yasin, 58). Rasulullah bersabda: Allah memandang kepada segenap penghuni syurga dan mereka pun memandang kepada-Nya. Mereka tidak melihat kepada kenikmatan apa pun selama mereka memandang kepada-Nya, sehingga Allah tidak terlihat lagi oleh mereka. Tetapi masih ada tertinggal iaitu cahaya dan berkat-Nya atas mereka di dalam rumah-rumah mereka. Rujukan/sumber – Huru-Hara Har...

Keredaan abadi Allah terhadap penghuni syurga

Malik bin Anas meriwayatkan: Daripada Abu Said RA, “Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Allah berfirman kepada penghuni syurga: Wahai sekalian penghuni syurga! Labbaika Rabbana, wa sa’daika (Kami penuhi panggilan-Mu wahai Tuhan kami dengan memohon kebahagiaan daripada-Mu), jawab mereka. Allah bertanya: Apakah kamu sekalian telah reda? Mereka menjawab: Kenapa kami tidak reda, padahal Engkau telah memberi kami apa-apa yang Engkau tidak berikan kepada seseorang pun antara makhluk-makhluk-Mu yang lain! Allah berfirman: Sesungguhnya Aku akan memberimu yang lebih baik lagi daripada itu. Mereka bertanya: Wahai Tuhan kami, apa lagi yang lebih baik daripada itu? Allah menjawab: Aku tempatkan keredaan-Ku kepadamu. Dengan demikian Aku tidak akan murka kepadamu selama-lamanya.” Hadis ini dikeluarkan juga dengan lafaz sama oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Malik dalam kitab Sahih kedua-duanya. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 532

Apakah ada tidur dan mati di dalam syurga

Menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Abu Hurairah RA dan Abu Said, daripada Nabi SAW bercerita: Maka, terdengarlah suatu seruan: Sesungguhnya kamu sekalian akan tetap hidup, tanpa mengalami mati selama-lamanya. Sesungguhnya kamu sekalian akan tetap sihat, tanpa mengalami sakit selama-lamanya. Sesungguhnya kamu sekalian akan tetap muda, tanpa mengalami tua selama-lamanya. Dan sesungguhnya kamu sekalian akan tetap nikmat tanpa mengalami penderitaan selama-lamanya. Nabi bersabda: Empat perkara inilah yang diseru. Al-Hafiz Abu Bakar bin Mardawaih meriwayatkan: Daripada Jabir RA, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Tidur adalah saudara mati. Dan sesungguhnya penghuni syurga tidak tidur. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 530

Kelahiran bayi dalam syurga?

Apabila penghuni syurga menginginkan anak, maka mereka diberi anak, seperti halnya semasa hidup di dunia, benarkah? Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Said RA, bahawa Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang Mukmin (orang beriman) menginginkan anak di syurga, maka dikandung anak itu, dilahirkan dan dibesarkannya dalam sekelip (sebentar) seperti yang diinginkan Mukmin itu? Menurut Tirmidzi , hadis ini (statusnya) hasan gharib , sedangkan al-Hafiz adh-Dhiya al-Maqdisi mengatakan: Menurutku hadis ini sesuai syarat (Imam) Muslim. Sufyan ats-Tsauri meriwayatkan, daripada Abban, daripada Abus Siddiq an-Naji, daripada Abu Said, dia berkata: Pernah ditanyakan, wahai Rasulullah, mungkinkah dilahirkan seorang anak bagi penghuni syurga? Bukankah anak itu melengkapi kegembiraan? Rasul menjawab: Benar, demi Allah yang menggenggam jiwaku, tetapi itu terjadi hanya selama waktu seseorang daripada kamu sekalian berangan-angan, maka terjadilah anak itu, dikandung dan disusukan, lalu menjadi p...