Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2023

Otak mendidih

Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Said al-Khudri, bahawa nama Abu Talib pernah disebut-sebut di hadapan Rasulullah, baginda bersabda (mafhumnya): Mudah-mudahan syafaatku bermanfaat baginya pada hari kiamat, sehingga Allah meletakkannya pada neraka yang dangkal, yang mencapai buku lalinya dan menyebabkan isi otaknya mendidih. Menurut riwayat Muslim: Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Penghuni neraka yang paling ringan azabnya mengenakan kasut daripada api, yang menyebabkan otaknya mendidih, terlalu panasnya. Al-Bukhari meriwayatkan pula: Bahawa perawi (periwayat) hadis ini berkata: Aku mendengar an-Nu’man mengatakan: Aku mendengar Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya penghuni neraka yang paling ringan azabnya pada hari kiamat adalah seorang yang diletakkan pada lekukan kedua-dua belah tapak kakinya bara api, yang menyebabkan otaknya mendidih. Al-Bukhari juga meriwayatkan: Daripada an-Nu’man bin Basyir RA, dia berkata: Aku mendengar Rasulu...

Api neraka melebihi 69 kali ganda

Malik meriwayatkan dalam al-Muwatha: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Api untuk bani Adam yang kamu nyalakan ini adalah satu pertujuh puluh daripada api jahannam. Maka, mereka (sahabat) berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya api ini benar-benar sudah cukup (panas). Baginda bersabda: Sesungguhnya api jahannam melebihinya dengan 69 kali ganda. Menurut riwayat Ahmad daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bahawa baginda bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya apimu ini adalah satu pertujuh puluh daripada api jahannam. Ia telah dicuci dua kali di laut. Kalau tidak, maka Allah tidak memberi manfaat apa-apa padanya kepada sesiapa pun. Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, 421

Rupa penghuni syurga

Imam Ahmad dan ath-Thabrani – lafaz hadis ini menurut ath-Thabrani – meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Penghuni syurga masuk (ke sana) dalam keadaan masih muda, berkulit putih, berambut ikal, bercelak mata, sebaya dengan anak seusia tiga puluh tiga tahun, bentuk mereka seperti Adam, iaitu setinggi enam puluh hasta dengan lebar tujuh hasta. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, 391

Tiga catatan di sisi Allah

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Aisyah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Catatan-catatan amalan di sisi Allah ada tiga jenis: Catatan yang tidak dipedulikan Allah sedikit pun, catatan yang tidak dibiarkan Allah sedikit pun dan catatan yang tidak diampuni Allah. Adapun catatan yang tidak diampuni Allah adalah syirik. Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya sesiapa menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah mengharamkan kepadanya syurga.” (Maksud yang terkandung pada ayat 72, surah al-Maidah) Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, 355 & 356

Dialog dengan Tuhan Maha Kuasa

Daripada Adi bin Hatim, daripada Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda (mafhumnya): Setiap seorang daripada kamu sekalian benar-benar akan berdiri di hadapan Allah tanpa hijab yang menghalangnya dari Tuhannya dan tanpa jurubahasa menterjemahkan untuknya. Allah bertanya: Tidakkah Aku telah memberimu harta? Benar, jawab orang itu. Allah bertanya pula: Tidakkah Aku telah mengutuskan kepadamu seorang rasul? Benar, jawab orang itu. Lalu, dia (orang itu) memandang sebelah kanannya, maka dia tidak melihat kecuali neraka. Dan dia memandang pula ke sebelah kirinya, maka dia tidak melihat melainkan neraka. (Oleh kerana itu), hendaklah setiap orang daripada kamu sekalian menjaga dirinya dari neraka, walaupun dengan (bersedekah) separuh buah kurma. Dan jika itu pun tiada, maka dengan kalimat (perkataan, ucapan) yang baik. (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari) Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, 351

Sesetengah orang diusir kerana perbuatan mereka

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Asma binti Abu Bakar, Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya aku (akan menunggu) di perigi, sehingga aku boleh melihat sesiapa yang datang kepadaku daripada kamu sekalian. Dan akan ada sesetengah orang yang diusir daripadaku, maka aku berkata: Wahai Tuhanku, mereka daripada golonganku, mereka daripada umatku. Lalu dibantah: “Adakah kamu tahu apa yang telah mereka lakukan sepeninggalanmu? Demi Allah, mereka selalu berbalik ke belakang (murtad).” Ibnu Abi Malikah selalu berdoa: Wahai Allah, kami berlindung kepada-Mu daripada berbalik ke belakang (murtad) atau terkena bencana mengenai agama kami. Sumber — Huru-Hara Hari Kiamat, 292/293

Wajah, anggota tubuh bercahaya kerana kesan wuduk

Menurut riwayat Muslim: Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya perigiku lebih jauh (luas) dari jarak di antara Ailah dan Aden. (Airnya) lebih putih daripada salji, lebih manis daripada madu dicampur susu. Cawan-cawannya lebih banyak daripada bilangan bintang di langit. Dan sesungguhnya aku benar-benar akan mencegah sesetengah orang darinya, sebagaimana seseorang mencegah unta orang lain dari periginya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, adakah anda mengenali kami pada hari itu? Baginda menjawab: Ya, ada tanda pada kamu sekalian yang tidak dimiliki umat lain. Kamu sekalian akan datang kepadaku dengan wajah dan anggota tubuh bercahaya kerana bekas (kesan) wuduk. Rujukan/sumber – Huru-Hara Hari Kiamat, 290/291

Cawan-cawannya sebanyak bintang di langit

Dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim ada diriwayatkan daripada Sahl, bahawa ketika Rasulullah membahagikan ghanimah (harta rampasan perang) Hunain, baginda memberikan kepada beberapa orang tokoh Quraisy dan kabilah Arab yang lain, sehingga ada sebahagian sahabat Ansar yang marah. Baginda SAW pun berpidato, antara lain baginda bersabda: Sesungguhnya kamu sekalian sepeninggalanku akan melihat atsarah (sikap mementingkan diri sendiri), maka bersabarlah kamu sekalian, sehingga bertemu denganku di perigi ( al-haudh ). Al-Bukhari meriwayatkan pula pada bab al-Haudh dalam sahihnya, daripada Ibnu Abbas, dia berkata: Al-Kautsar maksudnya ialah kebaikan yang banyak, yang diberikan oleh Allah kepada Rasulullah. Abu Bisyr mengatakan: Aku pernah bertanya kepada Said bin Jabir, sesungguhnya ada sebahagian orang yang beranggapan bahawa al-Kautsar itu ialah sungai dalam syurga? Said menegaskan: Dari al-Kautsar ke perigi ada dua pancuran diperbuat daripada emas dan perak. Al-Bukhari meriwayatkan p...

Cerita mengenai perigi Nabi

Dalam sahih Bukhari diriwayatkan bahawa perawi (periwayat) hadis ini berkata: Aku diceritakan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya ukuran perigiku adalah seluas antara Ailah dan Sanaa di Yaman dan sesungguhnya kendi-kendinya sebanyak bintang-bintang di langit.

5 perkara diberikan kepada Nabi Muhammad

Dalam sahih Bukhari, sahih Muslim dan yang lain, diriwayatkan daripada Jabir dan yang lain, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Aku diberikan lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun antara para nabi sebelumku. Aku diberikan pertolongan berupa rasa takut (di hati musuh) dalam jarak perjalanan sebulan. Dihalalkan bagiku harta rampasan perang, padahal itu tidak dihalalkan bagi sesiapa pun sebelumku. Bumi bagiku dijadikan tempat subur dan suci, sehingga di mana pun seseorang daripada umatku mengalami waktu solat, maka solatlah. Aku diberikan syafaat. Dan setiap nabi hanya diutus kaumnya saja, sedangkan aku diutus kepada seluruh umat manusia.” Nota: Pernyataan “aku diberikan syafaat” maksudnya syafaat yang diminta oleh umat manusia kelak pada hari kiamat kepada Nabi Adam, namun dia menyatakan “Aku tidak patut memberikan itu. Pergilah kamu kepada Nuh.” Nabi Nuh pun berkata sama dan menyarankan umat manusia meminta kepada Nabi Ibrahim. Nabi Ib...

Orang dapat syafaat Nabi

Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Jabir bin Abdillah, sabda Rasulullah SAW: Sesiapa mengucapkan ketika mendengar seruan (azan): اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ القَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الوَسِيْلَةَ وَالفَضِيْلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَّحْمُوْدًا الَّذِى وَعَدْتَهُ (Wahai Allah! Pemilik seruan yang sempurna dan solat yang akan didirikan, berikanlah kepada Nabi Muhammad wasilah dan keutamaan, dan angkatlah dia ke tempat terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya), maka, orang itu akan mendapat syafaatku pada hari kiamat. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 278/279

La ilaha illallah, takkan sepi dalam kubur

Diriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Orang yang sentiasa mengucapkan La ilaaha illallaah tidak akan mengalami kesepian di dalam kuburnya, mahupun pada hari perhimpunan. Seolah-olah aku telah berada bersama mereka, ketika mereka mengibaskan debu dari wajah mereka, lalu mereka berkata: Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan daripada kami. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 265

Rasulullah yang pertama memberi syafaat

Muslim bin Hajjaj meriwayatkan, bahawa perawi hadis ini berkata, Abu Hurairah menceritakan kepadanya, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Aku adalah pemimpin anak cucu Adam pada hari kiamat, orang yang pertama sekali dikeluarkan dari rekahan bumi, orang yang pertama sekali memberi syafaat dan orang yang pertama diterima syafaatnya. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 229

Bumi diharamkan memakan jasad para nabi

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan: Daripada Aus bin Aus ats-Tsaqafi, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sebaik-baik hari kamu adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, pada hari itu dia dicabut nyawanya. Pada hari itu sangkakala ditiup (tiupan mengejutkan) dan pada hari itu pula (ditiup tiupan yang) mematikan. Maka, perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku padanya (pada hari Jumaat), kerana selawat kamu sekalian diperlihatkan kepadaku. Maka, mereka (para sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan, jika anda telah hancur? Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mengharamkan bumi memakan jasad kalangan nabi solawatullahi ‘alaihim . Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 229

Jumaat, apa ada padanya

Imam Malik bin Anas meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Allah berfirman — Sebaik-baik hari yang disinari matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu, Adam diciptakan, pada hari itu dia diturunkan, pada hari itu dia diterima taubatnya, pada hari itu dia meninggal dan pada hari itu pula terjadi kiamat. Dan tidak seekor pun binatang melata di bumi melainkan terlelap pada hari Jumaat, sejak bermulanya waktu Subuh hingga terbit matahari, kerana takut kepada hari kiamat selain manusia dan jin. Dan pada hari Jumaat itu ada suatu saat yang mana tidak seorang pun hamba (Allah) yang Muslim yang kebetulan melakukan solat dan meminta sesuatu kepada Allah saat itu, melainkan Dia memberikannya. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 228

Tiupan sangkakala, tulang ekor

Tiupan sangkakala akan terjadi tiga kali iaitu tiupan mengejutkan (nafkhatul faza’) , tiupan mematikan (nafkhatus sa’iq) dan tiupan membangkitkan (nafkhatul ba’ats) . Muslim meriwayatkan dalam sahihnya: Daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): Jarak antara dua tiupan ialah empat puluh. Mereka bertanya: Wahai Abu Hurairah, 40 hari? Dia menjawab: Aku tidak tahu. Mereka bertanya: 40 bulan? Dia menjawab: Aku tidak tahu. Mereka bertanya: 40 tahun? Dia menjawab: Aku tidak tahu. Kemudian turunlah air dari langit, lalu mereka (penghuni kubur) tumbuh seperti tumbuhnya sayuran. Rasulullah bersabda: Tidak satu pun anggota tubuh manusia kecuali hancur, selain satu tulang saja, iaitu tulang ekor. Dan daripada tulang itulah penciptaan (tubuh manusia) disusun kembali pada hari kiamat. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 203

Berjalan dengan wajah

Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Pada hari kiamat, manusia dikumpulkan dalam tiga golongan. Satu golongan berjalan kaki, satu golongan berkenderaan dan satu golongan lagi berjalan dengan wajah mereka. Ditanya: Wahai Rasulullah, bagaimana cara mereka berjalan dengan wajah mereka? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya (Allah) yang telah membuat mereka berjalan dengan kakinya, berkuasa pula membuat mereka berjalan dengan wajah mereka. Adapun mereka, sesungguhnya dengan wajahnya mereka berusaha menghindari setiap gundukan tanah dan duri. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 210

Apabila tidak terdengar lagi kalimat tauhid

Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Anas, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Kiamat tidak akan terjadi, sehingga di muka bumi tidak terdengar lagi ucapan La ilaha illallah. Imam Ahmad juga meriwayatkan daripada Anas, Rasulullah bersabda: Tidak berlaku kiamat, sehingga tidak diucapkan di bumi, Allah, Allah. Demikian juga menurut riwayat Muslim: Tidak berlaku kiamat, sehingga tidak diucapkan di bumi, Allah, Allah. Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 160/161

Kubur dijadikan masjid

Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abdullah bin Mas’ud, dia berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya kepandaian bicara itu punya daya tarik. Dan sejahat-jahat manusia adalah mereka yang masih hidup sewaktu terjadi kiamat, dan mereka yang menjadikan kubur mereka sebagai masjid. Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 160

Tahun-tahun penuh penipuan

Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, dia berkata Rasulullah bersabda (mafhumnya): Menjelang terjadi kiamat akan ada tahun-tahun yang penuh penipuan, orang jujur didustai, pendusta dibenarkan, orang dipercayai dianggap khianat, pengkhianat dipercayai dan orang kecil lagi hina pandai berbicara. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 159

Waktu terasa cepat berlalu

Foto hiasan — Unsplash Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda (mafhumnya – yang dapat difahami): Kiamat tidak akan terjadi sebelum waktu (terasa) saling berdekatan. Maka, adalah setahun seperti sebulan. Dan adalah sebulan seperti (setiap kali) Jumaat, seperti seharian, dan adalah seharian seperti sejam. Dan sejam seperti lamanya membakar daun kurma. Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 158

Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat

Dalam sahih Bukhari ada riwayat daripada Abu Hurairah (ertinya): Bahawa seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah SAW, bilakah terjadi kiamat? Maka, kata Rasulullah: Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah terjadi kiamat. Kata Badwi itu, wahai Rasulullah, bagaimana atau dia berkata, apakah disia-siakan amanah itu? Rasulullah menjawab: Apabila urusan telah diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka tunggulah terjadi kiamat. Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 157

Nabi ditanya Jibril mengenai iman, kiamat

Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa pada suatu hari Rasulullah keluar menemui orang ramai. Tiba-tiba datanglah seorang Badwi bertanya mengenai iman, dan seterusnya hingga akhirnya orang itu bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah datangnya hari kiamat? Baginda menjawab: Orang yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan kepadamu syarat-syaratnya, iaitu apabila hamba wanita telah melahirkan tuannya sendiri, dan apabila orang-orang (yang asalnya) tanpa alas kaki, telanjang, miskin, pengembala kambing telah menjadi pemimpin rakyat. Itulah sebahagian daripada syarat-syarat datangnya kiamat, antara lima syarat lain, yang hanya diketahui oleh Allah. Kemudian baginda membaca ayat (yang bermaksud): Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu mengandung). Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa...

6 petanda menjelang kiamat

Gambaran secara umum manusia – Foto Unsplash Dalam sahih Bukhari dan sahih Muslim diriwayatkan daripada Anas, Rasulullah bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya antara syarat-syarat terjadi kiamat ialah diangkat ilmu, banyak kebodohan, berleluasa perzinaan, banyak minum arak, sedikit lelaki dan ramai wanita, sehingga lima puluh wanita menjadi tanggungan seorang lelaki. Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 154

Iman tidak bermanfaat lagi apabila matahari terbit dari barat

Foto hiasan – Unsplash Al-Bukhari meriwayatkan bahawa perawi hadis ini berkata: Kami diceritakan oleh Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW: Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila manusia telah melihatnya (terbit dari barat), maka berimanlah seluruh penduduk bumi. Tetapi pada waktu itu tidak bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya, yang sebelumnya tidak beriman. Al-Bukhari meriwayatkan juga daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW: Kiamat takkan terjadi sebelum matahari terbit dari barat. Apabila matahari telah terbit dan manusia melihatnya, maka berimanlah mereka semua. Itulah saat iman seseorang tidak bermanfaat lagi bagi dirinya. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah sabda Rasulullah SAW: Ada tiga kejadian yang apabila telah terjadi, maka iman seseorang tidak berguna lagi bagi dirinya, yang sebelumnya tidak beriman atau (belum) melakukan kebaikan dalam masa imannya, iaitu terbitnya matahari dari barat, munculnya asap dan binatang melata dari...

Nabi Isa turun di sebelah timur Dimasyq

Dalam riwayat an-Nawwas bin Sam’an, Rasulullah bersabda (mafhumnya — yang difahami): Nabi Isa akan turun di menara putih sebelah timur kota Dimasyq (Damsyik) memakai dua baju berwarna tanah merah, meletakkan kedua-dua tapak tangannya pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala, maka (seolah-olah) menitiskan air, dan apabila mengangkat kepala, maka (seolah-olah) berjatuhanlah titisan-titisan itu bagai manik-manik mutiara. Dan tidak seorang kafir pun yang mencium bau nafasnya melainkan mati. Padahal nafasnya dapat dirasakan sejauh matanya memandang. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 126

Orang Islam memerangi orang Yahudi

Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW (mafhumnya): “Kiamat tidak akan terjadi sebelum orang Islam memerangi orang Yahudi. Mereka akan diperangi orang Islam sehingga ada orang Yahudi bersembunyi di belakang batu dan pokok. Maka, berkatalah batu itu atau pokok itu, wahai orang Islam, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakangku. Marilah, dan bunuhnya, kecuali (pokok) gharqad, kerana ia pokok Yahudi.” Nota: Gharqad ialah nama pokok yang tingginya antara satu hingga meter. Batang dan kulitnya berwarna putih. Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 98

Dajjal di sebelah timur

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Amr bin Huraib, ketika Abu Bakar as-Siddiq sembuh daripada suatu penyakit yang dideritainya. Dia keluar menemui khalayak meminta maaf atas sesuatu, lalu berkata: “Kami hanya menginginkan kebaikan.” Selepas itu dia berkata: Rasulullah pernah bercerita kepada kami (ertinya): “Sesungguhnya dajjal akan keluar di suatu negeri di sebelah timur, yang disebut Khurasan. Dia akan diikuti bangsa-bangsa berwajah (penampilan) bagaikan perisai yang ditempa.” Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 93 Peta Khorasan dan sekitarnya pada abad ke-7/8 (Wikipedia) . Peta ini sekadar menambahkan pengetahuan dan bukannya sebagai suatu justifikasi.

"Bagaimana jika aku bunuh orang ini, kemudian aku hidupkan lagi" — dajjal

Menurut riwayat Muslim, Abu Said al-Khudri RA mengisahkan: Pada suatu hari Rasulullah SAW bercerita kepada kami mengenai dajjal. Antara lain baginda mengatakan: Dajjal datang, padahal dia dilarang melintasi batas kota Madinah. Oleh kerana itu, dia hanya sampai di wilayah yang tidak subur berdekatan kota Madinah. Waktu itu keluarlah seorang lelaki terbaik atau daripada golongan orang-orang terbaik menghadapinya. Orang itu berkata: “Aku bersaksi bahawa kamulah dajjal yang pernah diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada kami dalam hadisnya.” Dajjal berkata: “Bagaimana jika aku bunuh orang ini, kemudian aku hidupkan lagi, apakah kamu sekalian masih ragu-ragu juga mengenai kebenaranku?” “Tidak,” jawab orang ramai. Rasulullah berkata (melanjutkan ceritanya), maka dajjal membunuh orang itu, lalu menghidupkannya kembali. Namun setelah hidup kembali, maka orang itu berkata: Demi Allah, sekarang semakin jelaslah siapa dirimu. Rasulullah berkata, dajjal hendak mem...

Syurga, neraka dajjal

Menurut riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): “Ketahuilah, aku sampaikan kepadamu sekalian satu berita mengenai dajjal, yang tidak pernah disampaikan oleh seorang nabi pun kepada kaumnya. Sesungguhnya dajjal bermata satu dan sesungguhnya dia akan datang bersamanya seperti syurga dan neraka. Yang dia katakan syurga itu adalah neraka. Dan sesungguhnya aku mengingatkan kamu sekalian mengenainya sebagaimana halnya yang dilakukan oleh Nuh kepada kaumnya.” Sumber — Huru-hara Hari Kiamat, 77

Dajjal miliki 2 sungai

Riwayat Muslim, daripada Hudzaifah, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Bahawa aku lebih tahu mengenai apa yang akan dimiliki oleh dajjal daripada dia sendiri. Dia akan memiliki dua sungai yang mengalir. Salah satunya nampak dalam pandangan mata sebagai air yang putih. Sedang yang lain nampak dalam pandangan mata sebagai api yang berkobar-kobar. Jika seorang daripada kamu sekalian mengalami, maka datanglah ke sungai yang nampaknya api lalu pejamkan mata, sesudah itu tundukkan kepala, lalu minumlah. Yang sebenarnya itu air yang sejuk. Sesungguhnya dajjal itu terhapus (sebelah) matanya. Pada mata yang terhapus itu ada selaput tebal. Tertulis di antara kedua-dua matanya, kafir. Boleh dibacanya setiap Mukmin yang pandai menulis atau tidak. Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 77