Langkau ke kandungan utama

"Bagaimana jika aku bunuh orang ini, kemudian aku hidupkan lagi" — dajjal

Menurut riwayat Muslim, Abu Said al-Khudri RA mengisahkan:

Pada suatu hari Rasulullah SAW bercerita kepada kami mengenai dajjal. Antara lain baginda mengatakan: Dajjal datang, padahal dia dilarang melintasi batas kota Madinah. Oleh kerana itu, dia hanya sampai di wilayah yang tidak subur berdekatan kota Madinah. Waktu itu keluarlah seorang lelaki terbaik atau daripada golongan orang-orang terbaik menghadapinya. Orang itu berkata: “Aku bersaksi bahawa kamulah dajjal yang pernah diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada kami dalam hadisnya.” Dajjal berkata: “Bagaimana jika aku bunuh orang ini, kemudian aku hidupkan lagi, apakah kamu sekalian masih ragu-ragu juga mengenai kebenaranku?” “Tidak,” jawab orang ramai.

Rasulullah berkata (melanjutkan ceritanya), maka dajjal membunuh orang itu, lalu menghidupkannya kembali. Namun setelah hidup kembali, maka orang itu berkata: Demi Allah, sekarang semakin jelaslah siapa dirimu. Rasulullah berkata, dajjal hendak membunuhnya lagi tetapi tidak boleh.

Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, 90.

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248