Langkau ke kandungan utama

Setiap persendian ada sedekah

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap persendian manusia ada (hak untuk dikeluarkan) sedekah ke atasnya, setiap hari terbit matahari padanya. Kamu mengadili antara dua orang adalah sedekah, kamu membantu seseorang pada kenderaannya, maka kamu menanggungnya ke atasnya (kenderaan) atau mengangkatkan barangnya ke atasnya (kenderaan) adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang kamu tempuhi menuju solat adalah sedekah dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah. (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Imam Muslim juga meriwayatkan daripada Aisyah RAnha. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap manusia daripada Bani Adam diciptakan atas 360 persendian. Maka, sesiapa bertakbir kepada Allah, bertahmid kepada Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, mohon pengampunan (istighfar) kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalan orang ramai, atau menyingkirkan duri atau tulang dari jalan orang ramai, atau memerintahkan kebaikan atau melarang kemungkaran, sebanyak 360 kali, maka sesungguhnya orang itu memasuki waktu petang pada hari itu dalam keadaan dia telah menjauhkan dirinya dari neraka.

PENJELASAN

Setiap hari anak Adam melakukan sedekah sebanyak 360 sesuai jumlah persendiannya. Sesiapa melakukan ketaatan berupa perbuatan atau ucapan sejumlah persendiannya, maka sungguh dia telah bersyukur kepada Allah.

Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 129 & 130

Catatan popular daripada blog ini

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Malaikat melaknati isteri tidak memenuhi ajakan suami

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila suami mengajak wanitanya (isterinya) ke tempat tidurnya namun isteri tidak memenuhi ajakannya, maka suami menjadi marah terhadap isteri, malaikat melaknat isteri sampai pagi. (Muttafaq alaih — sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 236