Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2023

Takutlah pada neraka

Daripada Adi bin Hatim RA berkata: Saya mendengar Nabi SAW bersabda: Takutlah pada neraka walaupun dengan (menyedekahkan) sepotong kurma. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Dalam satu (lagi) riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Adi bin Hatim, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda; tiada seorang daripada kamu semua melainkan akan diajak berbicara dengan Tuhannya. Antara dia dengan Tuhannya tiada seorang penterjemah (pengantara). Orang terbabit melihat ke sebelah kanannya, maka dia hanya melihat amalan perbuatan yang telah dilakukannya. Dia juga melihat ke sebelah kirinya, maka dia hanya melihat amalan perbuatan yang telah dilakukannya. Dia melihat pula ke arah depan, maka dia hanya melihat neraka yang ada di hadapannya. Oleh kerana itu, takutlah kamu semua, sekalipun dengan (menyedekahkan) sepotong kurma. Lantas sesiapa yang tidak menemukan sesuatu untuk disedekahkan, maka bersedekahlah dengan ucapan yang baik saja. PENJELASAN Hadis ini mengandungi motivasi agar...

Setiap langkah ada catatan

Daripada Jabir RA berkata: Bani Salimah berkehendak untuk berpindah tempat dekat masjid. Berita itu sampai kepada Rasulullah SAW, kemudian baginda bersabda kepada Bani Salimah: Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa kamu semua hendak berpindah dekat masjid? Mereka menjawab: Benar, wahai Rasulullah, kami menghendaki demikian. Baginda bersabda: Wahai Bani Salimah, tetaplah di rumah-rumah kamu sahaja, akan dicatat langkah-langkah kamu. Tetaplah di rumah-rumah kamu saja, akan dicatat langkah-langkah kamu. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) Dalam riwayat lain disebutkan: Sesungguhnya setiap langkah itu (dihitung) satu darjat. Imam al-Bukhari meriwayatkan pula dengan pengertian yang semakna dengan yang di atas, daripada riwayat Anas RA. PENJELASAN Bani Salimah adalah kabilah yang terkenal daripada sahabat Ansar. Hadis ini mengandungi keutamaan berjalan menuju masjid, merupakan kebaikan yang ditulis (pahala) bagi pelakunya. Hal ini dijelaskan oleh firman Allah bermaksud: “Dan Kami menul...

Hasil tanaman dimakan manusia, haiwan, dicuri jadi sedekah

Foto Unsplash Daripada Jabir RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidaklah seorang Muslim yang menanam suatu tanaman, melainkan apa sahaja dimakan daripada hasil tanaman itu merupakan sedekah baginya, dan apa sahaja dicuri daripada tanaman itu merupakan sedekah baginya, dan tidak pula tanaman itu dikurangi oleh seseorang, melainkan itu pun merupakan sedekah baginya. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman, kemudian hasil tanamannya itu dimakan oleh manusia ataupun haiwan, atau burung, melainkan semua itu merupakan sebagai sedekah baginya sampai hari kiamat. Dalam riwayat Muslim yang lagi disebutkan: Tidaklah seorang Muslim menanam suatu tanaman, tidak pula dia menanam suatu tumbuhan, kemudian hasil daripada tanamannya itu dimakan oleh manusia, atau haiwan atau apa sahaja, melainkan semua itu merupakan sedekah baginya. Imam Muslim dan Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis-hadis ini daripada r...

Amalan baik adalah sedekah

Daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap makruf (perbuatan baik) adalah sedekah. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari — dan Muslim daripada riwayat Huzaifah RA) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keterangan bahawa semua perbuatan baik dilakukan manusia, maka hal itu merupakan sedekah yang diberikan pahala untuknya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 134

Tetap dicatat pahala ketika berkelana, sakit

Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila seorang hamba sakit atau berkelana, maka dicatatkan baginya (pahala) sebagaimana dia melakukan amalan (ibadat, kebaikan) ketika dia bermukim (berada di rumah, di tempatnya) dan semasa sihat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keagungan kurnia Allah. Orang mempunyai amalan perbuatan yang dilakukannya secara berterusan, kemudian dia tidak melakukannya kerana ada alasan yang benar, maka dicatat baginya sebagaimana dia melakukan amalan itu. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 134

Solat dua waktu dingin

Foto hiasan – Unsplash Daripada Abu Musa al-Asy’ari RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa melakukan solat pada dua waktu dingin, dia masuk syurga. (Hadis muttafaq alaih — yakni diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Waktu dingin ialah solat Subuh dan Asar. Sisi khusus menyebutkan Subuh dan Asar berbanding solat waktu yang lain. Ini kerana waktu Subuh adalah paling nikmat untuk tidur, manakala waktu Asar merupakan waktu sibuk. Seseorang yang menjaga dua solat ini, dia akan menjaga solat selainnya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 133 & 134

Tiga perkara hapus kesalahan, angkat darjat

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Mahukah kamu saya tunjukkan mengenai suatu amalan yang dengannya Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan serta mengangkat darjat-darjat? Mereka (sahabat) berkata: Tentu, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: (Iaitu) menyempurnakan wuduk pada keadaan tidak disukai, banyak melangkah ke masjid, dan menunggu solat setelah selesai suatu solat. Maka, itu bagi kamu ribath. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Ketiga-tiga hal itu disebutkan ribath kerana merupakan perkara yang paling memusuhi pada diri seseorang. Perbuatan ini dapat menutup jalan syaitan dan hawa nafsu, kerana jihad melawan hawa nafsu adalah jihad terbesar. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 133

Ibadat penghapus dosa

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadan sampai puasa Ramadan berikutnya dapat menjadi penghapus dosa antara kedua-duanya, apabila dijauhi dosa-dosa besar. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi bukti betapa luas rahmat Allah dan berterusan melakukan kewajipan dapat melebur dosa-dosa kecil. Firman Allah bermaksud: Mereka yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji, kecuali kesalahan-kesalahan kecil. Sungguh Tuhanmu Maha Luas keampunan-Nya. (Surah an-Najm, ayat 32) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, halaman 133

Titisan air wuduk mengeluarkan kesalahan seseorang

Foto hiasan – AN Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang Muslim ataupun Mukmin berwuduk, lalu dia membasuh mukanya, maka keluar dari mukanya setiap kesalahan yang dia lihat dengan kedua-dua matanya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Selanjutnya apabila dia membasuh kedua-dua tangannya, maka keluar daripada kedua-dua tangannya semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Kemudian, apabila dia membasuh kedua-dua kakinya, maka keluarlah semua kesalahan yang dilakukan oleh kedua-dua kakinya itu bersama air atau bersama titisan air yang terakhir, sehingga keluar orang terbabit dalam keadaan bersih daripada semua dosa. (Hadis riwayat Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan wuduk — dapat menghapus kesalahan anggota badan, meleburkan dosa-dosa. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 132

Ganjaran kerana buang gangguan

Daripada Abu Hurairah RA, meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya saya telah melihat seorang lelaki bersukaria di syurga kerana dia pernah memotong pohon di tengah jalan yang mengganggu Muslimin. (Hadis riwayat Muslim) Dalam riwayat Imam Muslim yang lain disebutkan: Suatu ketika ada seorang lelaki berjalan melalui satu dahan pokok melintang di tengah jalan, kemudian dia berkata; demi Allah, sungguh dahan pokok ini akan aku singkirkan dari jalanan Muslimin agar tidak mengganggu mereka. Lantas lelaki itu dimasukkan ke dalam syurga. PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan segala sesuatu bermanfaat bagi umat Islam dan menghilangkan bahaya daripada mereka — dan hal berkenaan merupakan sebab diampunkan dosa dan masuk syurga. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 131/132

Keampunan kerana seekor anjing

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan di suatu jalan. Dia berasa sangat haus, lalu dia menemui sebuah sumur. Dia pun turun ke dalam sumur itu dan minum. Selepas itu dia keluar. Tiba-tiba ada seekor anjing sedang menjulurkan lidahnya sambil menelan tanah kerana sangat kehausan. Orang itu berkata: Pasti anjing ini telah berasa kehausan sebagaimana yang telah aku rasa tadi. Dia pun turun lagi ke dalam sumur, lalu memenuhkan sepatunya dengan air, kemudian membawa sepatunya dengan mulutnya, sehingga dia naik dari sumur tadi, lalu dia memberi minum pada anjing terbabit. Allah berterima kasih pada orang terbabit dan memberikan keampunan padanya. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita juga mendapat pahala dengan sebab memberi minum pada haiwan? Baginda menjawab: (Berbuat baik) kepada setiap makhluk yang bernyawa ada pahalanya. (Muttafaq alaih — hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN...

Cabang iman

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Iman mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Cabang paling utama ialah ucapan La ilaha illallah (tiada tuhan melainkan Allah), dan yang paling rendah ialah menyingkirkan hal-hal yang mengganggu di jalan. Dan malu adalah satu cabang daripada iman. (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 130

Jangan meremehkan jiran

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Wahai wanita muslimah! Jangan seorang antara kamu meremehkan jirannya meskipun (pemberiannya) berupa kaki kambing (kibas). (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Imam al-Jauhari berkata: Kaki kambing kibas seperti halnya kaki ternak yang lain juga. Tetapi seringkali al-firsin (perkataan dalam hadis itu) digunakan untuk kambing. Hadis ini mengandungi motivasi untuk berhubungan baik dengan jiran meskipun dengan pemberian kaki kambing. Ada hadis lain yang satu maksud dengan hadis ini: “Apabila kamu memasak kuah, maka perbanyakkanlah kuahnya dan berikanlah para jiranmu”. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 130

Setiap persendian ada sedekah

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap persendian manusia ada (hak untuk dikeluarkan) sedekah ke atasnya, setiap hari terbit matahari padanya. Kamu mengadili antara dua orang adalah sedekah, kamu membantu seseorang pada kenderaannya, maka kamu menanggungnya ke atasnya (kenderaan) atau mengangkatkan barangnya ke atasnya (kenderaan) adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, pada tiap-tiap langkah yang kamu tempuhi menuju solat adalah sedekah dan kamu membuang gangguan dari jalan adalah sedekah. (Hadis muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Imam Muslim juga meriwayatkan daripada Aisyah RAnha. Dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap manusia daripada Bani Adam diciptakan atas 360 persendian. Maka, sesiapa bertakbir kepada Allah, bertahmid kepada Allah, bertahlil kepada Allah, bertasbih kepada Allah, mohon pengampunan (istighfar) kepada Allah, menyingkirkan batu dari jalan orang ramai, atau menyingkirkan duri atau tula...

Usah remeh kebaikan

Daripada Abu Zar, dia berkata: Nabi SAW bersabda kepadaku: Jangan kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikit pun, meskipun hanya sekadar kamu menemui saudaramu dengan raut muka yang berseri-seri. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran untuk melakukan kebaikan, sedikit mahupun banyak, dengan harta atau akhlak yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 129

Amalan baik, amalan buruk

Daripada Abu Dzar, dia berkata: Nabi SAW bersabda: Ditunjukkan padaku amalan perbuatan umatku, yang baik dan yang buruk. Maka, saya mendapati termasuk dalam amalan perbuatan yang baik adalah menyingkirkan sesuatu yang mengganggu di jalan, dan saya mendapati termasuk amalan perbuatan yang buruk ialah dahak yang dibuang di masjid dan tidak ditanam. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Dalam hadis ini mengandungi peringatan mengenai keutamaan semua hal yang bermanfaat bagi manusia atau menghilangkan bahaya yang mengganggu mereka. Kebaikan dan keburukan meskipun sedikit akan ditulis pada seorang hamba. Firman-Nya pada surah al-Zalzalah, ayat 7 dan 8 bermaksud: Maka, sesiapa melakukan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (ganjaran) nya. Dan sesiapa melakukan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 128

Setiap persendian sedekah

Daripada Abu Dzar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Setiap persendian seorang antara kamu sekalian sedekah, maka setiap bacaan tasbih adalah sedekah, setiap bacaan tahmid adalah sedekah, setiap bacaan tahlil adalah sedekah, setiap bacaan takbir adalah sedekah, menyuruh pada kebaikan adalah sedekah, melarang kejahatan adalah sedekah dan yang demikian itu dapat dicukupi dengan dua rakaat solat Duha. (Hadis diriwayatkan Muslim) PENJELASAN Intisari hadis: Keutamaan mengucapkan tasbih dan zikir-zikir yang lain, menyuruh kebaikan dan mencegah kejahatan, dan bersedekah dapat dilakukan dengan selain harta iaitu berupa semula jenis amalan kebaikan. Keutamaan solat Duha dan bahawa solat Duha dapat mencukupi sebagai sedekah untuk anggota badan, kerana solat merupakan perbuatan semua anggota badan dan menahan diri daripada hal yang keji dan mungkar. Keutamaan solat Duha dan bahawa solat Duha dapat mencukupi sebagai sedekah untuk anggota badan, kerana solat merupakan perbuatan semua an...

Amalan paling utama

Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah RA berkata: Saya bertanya, wahai Rasulullah, amalan manakah paling utama? Baginda berkata: Iman kepada Allah dan berjihad pada jalan-Nya. Saya bertanya lagi, hamba sahaya manakah yang lebih utama? Baginda berkata: Hamba sahaya yang dipandang indah bagi pemiliknya serta termahal harganya. Saya berkata, jika saya tidak dapat melakukan hal tersebut? Baginda berkata: Hendaklah kamu membantu kepada seorang pekerja atau kamu melakukan suatu untuk seseorang yang kurang pandai bekerja. Saya berkata, wahai Rasulullah, bukankah anda lihat jika saya ini lemah dalam sesetengah pekerjaan. Baginda berkata: Hendaklah kamu menahan diri, jangan sampai melakukan kejahatan kepada orang lain, maka sesungguhnya hal itu merupakan sedekah daripada kamu untuk dirimu sendiri. (Hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi penjelasan mengenai banyak cara melakukan kebaikan dan jika seseorang tidak mampu melakukan salah satu jenis kebaikan, pasti ...

Dibangkitkan sesuai dengan keadaan meninggal dunia

Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Setiap hamba akan dibangkitkan dari kuburnya sesuai keadaan ketika dia meninggal dunia. (Hadis diriwayatkan Muslim) Penjelasan: Hadis ini mengandungi motivasi kepada seseorang untuk melakukan amalan kebaikan, tetap dengan petunjuk Nabi Muhammad dalam segala keadaan, ikhlas kerana Allah dalam ucapan dan perbuatan agar dia meninggal dunia dalam keadaan terpuji, lalu dia pun dibangkitkan dalam keadaan demikian. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 125

Diterima alasan sehingga 60 tahun

Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: Allah tetap menerima alasan seseorang yang diakhirkan ajalnya sehingga sampai usia 60 tahun. (Hadis diriwayatkan al-Bukhari) PENJELASAN Ulama berkata: Pengertian hadis ini bahawa Allah tidak membiarkan alasan yang disampaikan oleh seseorang yang sudah berumur 60 tahun kerana dia telah dilambatkan oleh Allah sampai usia tersebut. Dikatakan a’dzarar rajulu – apabila dia sangat banyak mengemukakan alasannya. Maksudnya, Allah tidak membiarkan seorang hamba mencari alasan, seperti dia mengatakan: “Andai umurku dipanjangkan, pasti aku melakukan apa yang diperintahkan.” Oleh kerana itu seharusnya dia beristighfar, melakukan ketaatan dan menyiapkan (diri) untuk akhirat secara maksimum. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 123

Keagungan Allah

Daripada Said bin Abdul Aziz meriwayatkan daripada Rabi’ah bin Yazid daripada Abu Idris al-Khawlani daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah RA daripada Nabi SAW dalam satu riwayat yang diriwayatkan daripada Allah Tabaaraka wa Taala bahawa Allah berfirman: “Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan pada diriku sendiri akan menganiaya dan Aku mengharamkan berbuat aniaya antara kamu. Maka, janganlah kamu saling menganiaya (menzalimi). Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri petunjuk. Maka, mohonlah petunjuk kepada-Ku, pasti kamu Aku beri petunjuk. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua lapar, melainkan orang yang Aku beri makan. Maka, mohonlah makan kepada-Ku, pasti kamu semua Aku beri makan. Wahai hamba-hamba-Ku, kamu semua telanjang, melainkan orang-orang yang Aku beri pakaian. Maka, mohonlah pakaian kepada-Ku, pasti kamu semua Aku beri pakaian. Wahai hamba-hamba-Ku, sesungguhnya kamu semua berbuat kesalahan pada malam hari dan siang hari, seda...

Sebaik-baik manusia

Daripada Abu Sofwan Abdullah bin Busr al-Aslami RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang usianya dan baik perbuatannya. (Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini [status] hasan) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan panjang usia ketika digunakan untuk melakukan amalan kebaikan. Dalam riwayat lain disebutkan “seburuk-buruk kamu ialah orang yang panjang usianya tetapi buruk perbuatannya”. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 118

Kelebihan bersujud

Daripada Abu Abdullah dan dikatakan (juga) dengan nama Abu Abdur Rahman, Tsauban, maula Rasulullah SAW berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud, kerana sesungguhnya kamu tidak sekali-kali bersujud kepada Allah dengan sekali sujud melainkan Allah mengangkat kamu dengannya satu darjat dan dengannya pula Allah menghapuskan satu kesalahan daripada diri kamu. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Latar belakang Tsauban meriwayatkan hadis ini ialah bahawa Ma’dan bin Thalhah berkata: “Saya datang kepada Tsauban, lalu saya berkata: Berilah saya maklumat mengenai amalan perbuatan yang ketika saya lakukan Allah memasukkan saya ke dalam syurga.” Atau dia mengatakan: “Amalan perbuatan yang paling dicintai oleh Allah.” Maka, Tsauban terdiam. Kemudian Ma’dan mengulangi pertanyaan lagi. Tsuaban pun terdiam. Lantas Ma’dan mengulangi pertanyaannya lagi yang kali ketiga. Lalu Tsauban berkata: “Saya pernah m...

Syurga, neraka dekat pada seseorang

Daripada Ibnu Mas’ud RA berkata: Nabi SAW bersabda: Syurga lebih dekat pada seorang antara kamu sekalian daripada ikat sandalnya dan neraka demikian juga. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) Penjelasan Dalam hadis ini ada anjuran terhadap amalan kebaikan meskipun sedikit dan peringatan daripada melakukan kejahatan meskipun sedikit. Ketaatan dapat mendekatkan (seseorang) kepada syurga, sedangkan maksiat mendekatkan kepada neraka. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 116

Neraka dilitupi dengan pelbagai syahwat

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Neraka dilitupi dengan pelbagai syahwat, sedangkan syurga dilitupi dengan pelbagai hal tidak disenangi. (Muttafaq alaih — Sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 114

Orang Mukmin kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah. Tetapi masing-masing daripada kedua-duanya mempunyai sisi kebaikan. Berlumbalah untuk meraih apa saja yang dapat memberikan manfaat padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah berasa lemah. Apabila sesuatu menimpamu, maka janganlah kamu berkata “kalau saya melakukan begini, tentu akan menjadi begini dan begini”. Tetapi katakanlah takdir Allah. Dan Dia melakukan apa saja yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya ucapan “kalau” membuka jalan amalan syaitan. (Hadis diriwayatkan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 114

Qiyamullail sampai telapak kaki pecah-pecah

Daripada Aisyah RAnha meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW melakukan qiyamullail di sebahagian waktu malam sampai kedua-dua telapak kakinya pecah-pecah. Lantas saya bertanya kepadanya: Mengapa anda berbuat demikian, wahai Rasulullah, padahal Allah telah mengampunkan dosa-dosa anda yang telah lalu dan yang kemudian? Rasulullah SAW bersabda: Apakah saya tidak suka jika saya menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur? (Muttafaq alaih — Sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 113

Dua nikmat selalu dilalaikan manusia

Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda; dua nikmat yang sering dilalaikan pada kedua-duanya oleh ramai daripada manusia; (iaitu) kesihatan dan kelapangan (waktu). (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 112

Rasulullah menyerahkan bendera kepada Ali

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari perang Khaibar: “Sungguh bendera ini akan aku berikan kepada seorang lelaki yang mencintai Allah dan Rasul-Nya. Allah akan membebaskan melalui dua tangannya.” Umar RA berkata: Saya tidak menginginkan kepemimpinan melainkan pada hari itu, kemudian saya bersikap untuk menonjolkan diri pada Nabi SAW dengan harapan agar saya dipanggil untuk memegang bendera itu. Tiba-tiba Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abu Talib, lalu baginda memberikan bendera itu padanya dan baginda bersabda: Berjalanlah dan jangan menoleh-noleh lagi sehingga Allah memberi kemenangan melalui dirimu. Ali berjalan beberapa langkah kemudian berhenti tanpa menoleh, kemudian dia berteriak (bersuara): Wahai Rasulullah, sampai batas apa saya akan memerangi para manusia? Rasulullah SAW menjawab: Perangilah mereka sehingga mereka bersaksi bahawa tiada sembahan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Ap...

Segera melakukan amalan kebaikan sebelum datang tujuh perkara

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bersegeralah kamu sekalian melakukan amalan kebaikan sebelum datang tujuh macam perkara. Apakah kamu masih saja menunggu-nunggu sehingga kamu mengalami kefakiran yang melalaikan, atau kekayaan yang menyebabkan kecurangan, atau terkena penyakit yang merosakkan, atau tibanya usia tua yang menyebabkan ucapan-ucapan yang tidak karuan lagi, atau datangnya kematian yang mempercepatkan, atau datang dajjal maka ia adalah seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, atau tiba hari kiamat maka hari kiamat itu adalah lebih besar bencananya serta lebih pahit. (Hadis diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini adalah hadis [status] hasan) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 109

Akhlak baik bawa kebaikan dunia akhirat

Menurut riwayat Abu Bakar an-Najjad daripada Hamid bin Anas RA: Bahawa Ummu Habibah pernah bertanya, “wahai Rasulullah, ada wanita yang semasa di dunia ini pernah bersuamikan dua orang lelaki. Dengan suami yang manakah dia akan dijodohkan?” Baginda menjawab, “(dia dijodohkan) dengan salah seorang daripada kedua-duanya yang akhlaknya paling baik terhadapnya semasa di dunia.” Baginda bersabda: Wahai Ummu Habibah, akhlak yang luhur (baik) itu membawa kebaikan di dunia dan akhirat. (Hadis diriwayatkan Muslim dan al-Bukhari) Rujukan/sumber – Huru-hara Hari Kiamat, Ibn Katsir, 572-573