Langkau ke kandungan utama

Penebus kesalahan

Daripada Abu Barzah RA, dia berkata: "Adalah Rasulullah SAW berkata di akhir apabila Baginda hendak bangun dari majlis: Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu an la ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik (Maha Suci Engkau ya Allah dan segala puji bagi-Mu, saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Engkau, saya memohon ampunan serta bertaubat kepada Engkau).

"Kemudian, ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, anda mengucapkan suatu ucapan yang anda tidak pernah ucapkan sebelum ini?

"Baginda bersabda: Itu sebagai penebus kesalahan-kesalahan yang terjadi di dalam majlis." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Huraian

— Apabila seseorang mengakhiri majlisnya dengan membaca zikir ini, maka ia akan menjadi penghapus kesalahan senda gurau dan dosa lainnya yang terjadi di dalam majlis. Dan jika hal itu dilakukan dalam suatu majlis, maka ia ibarat orang yang membiasakannya dan itu akan menjadi kebaikan di atas kebaikan.

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248