Langkau ke kandungan utama

Makan tak kenyang

Daripada Wahsyi bin Harb RA, sahabat Rasulullah SAW berkata: Wahai Rasulullah! Kami makan, namun tidak berasa kenyang?

Baginda bersabda: Mungkin kamu makan sendiri-sendiri? 

Mereka menjawab: Benar. 

Baginda bersabda: Kalau begitu, makanlah bersama-sama dan sebutlah nama Allah. Nescaya kamu akan diberkati padanya. (Diriwayat oleh Abu Daud)  

Huraian

— Hadis ini mengandungi penjelasan bahawa keberkatan itu akan turun pada orang yang makan secara berjemaah.

— At-Tabrani menambah, hadis daripada Ibnu Umar: "Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang dan makanan dua orang cukup untuk empat orang."

Catatan popular daripada blog ini

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Malaikat melaknati isteri tidak memenuhi ajakan suami

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Apabila suami mengajak wanitanya (isterinya) ke tempat tidurnya namun isteri tidak memenuhi ajakannya, maka suami menjadi marah terhadap isteri, malaikat melaknat isteri sampai pagi. (Muttafaq alaih — sahih al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 236