Langkau ke kandungan utama

Cara solat

Daripada Imran bin Hushain RA, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda kepadaku: Solatlah sambil berdiri. Jika tidak mampu, maka sambil duduk. Jika kamu tidak mampu, maka sambil berbaring di atas rusuk. Jika tidak mampu juga, maka cukup dengan isyarat.” (Diriwayat oleh Bukhari)

HURAIAN

– Dalam kitab Subulus Salam disebutkan: “Dalam penyalinan al-Bulugh kami tidak mendapati kesesuaian. Al-Bukhari telah meriwayatkan hadis ini tanpa perkataan ‘jika tidak maka dengan isyarat’. Dan an-Nasai menambahkan: “Jika engkau tidak mampu, maka berbaringlah. Allah tidak membebani jiwa melainkan sesuai kemampuannya.”

– Hadis ini adalah dalil bahawa Baginda SAW tidak solat wajib dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur iaitu tiadanya kemampuan. Termasuk dalam hal ini adalah situasi khuatir ada bahaya. Hal ini berdasarkan firman Allah bermaksud: “Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu kesempitan dalam agama.” (Surah al-Haj, ayat 78)

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248