Langkau ke kandungan utama

Manusia paling utama

Daripada Abu Umamah Sudayy bin Ajlan al-Bahili RA, dia berkata Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):

"Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah orang yang memulai memberikan salam di antara mereka." (Riwayat Abu Daud, dengan sanad yang bagus)

Huraian

— Orang yang pertama mengucapkan salam lebih utama di sisi Allah, kerana dia bersegera melakukan ketaatan kepada-Nya dan mendekatkan diri untuk mentaati-Nya.

— Al-Baihaqi meriwayatkan dalam Syu'abul Iman daripada Ibnu Mas'ud secara marfuk: "Jika seseorang menjumpai suatu kaum, kemudian mengucapkan salam, lalu mereka menjawab salamnya, maka baginya keutamaan atas mereka kerana dia mengucapkan salam kepada mereka. Seandainya salamnya tidak dijawab, maka ada sekelompok malaikat yang lebih baik dan lebih bagus daripada mereka yang menjawab salamnya."

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248