Langkau ke kandungan utama

Masjid Kampung Laut



Masjid Kampung Laut ialah sebuah masjid bersejarah terletak di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Sebelum ini ia dipindahkan ke Nilam Puri, Kota Bharu tetapi kini ditempatkan semula di Kampung Laut.

Sejarah

Menurut hikayat turun-temurun di Kampung Laut, pada suatu masa, sekumpulan pendakwah Islam yang sedang belayar telah terdampar di perairan Kuala Kelantan setelah kapal mereka bocor dilanda badai.

Pelayar terbabit dikatakan bernazar sekiranya terselamat, mereka akan membina sebuah masjid di tapak mereka berlabuh.

Dengan kuasa Allah sekumpulan ikan alu-alu telah menutupi bahagian yang bocor sehingga menghalang air laut daripada memenuhi kapal.

Kumpulan pelayar itu akhirnya selamat berlabuh di tebing sungai Kampung Laut.



Sejarah awal

Berdasarkan hikayat dahulu kala, bentuk awal Masjid Kampung Laut menyerupai binaan pondok wakaf.

1763 – 1798

Masjid Kampung Laut dikatakan dibina setinggi 8 kaki, cukup untuk menambat gajah di bawahnya.

Pada masa ini struktur masjid berbumbungkan atap rumbia.

1886-1889

Atap rumbia yang lama digantikan dengan atap genting Singgora diperbuat daripada tanah liat berasal dari Pattani.

1890 – 1900

Penambahan struktur seperti menara masjid dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Mansor.

1960 – 1979

Banjir besar yang melanda Kelantan pada 1966 – 1967 menghakis tapak masjid di tebing Sungai Kelantan dan mengakibatkan sebahagian struktur masjid runtuh.

Komponen asal Masjid Kampung Laut

Empat komponen asal Masjid Kampung Laut iaitu beduk, mimbar, buah buton dan kolah dikembalikan semula ke masjid ini.

Pemasangan Tiang Seri Pertama

Pembinaan semula Masjid Kampung Laut dimulakan dengan mendirikan tiang seri berempat atau Soko Guru. Soko Guru ini menyokong keseluruhan struktur utama masjid dan penggunaannya berasal daripada senibina Jawa.

Salah satu daripada empat tiang ini dipercayai merupakan tiang asal sewaktu Masjid Kampung Laut mula dibangunkan.

Tiang seri yang asal ini telah ditandakan sebagai tiang 5E di tapak pembinaan.

Catatan popular daripada blog ini

Tidak terbalas jasa ibu bapa

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang anak tidak akan dapat membalas (jasa, kebaikan) ibu bapanya, kecuali apabila dia (anak itu) mendapatinya (ibu bapanya) sebagai hamba, maka dia (anak itu) membelinya (ibu bapanya) lantas memerdekakannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan betapa agungnya hak orang tua (ibu bapa) dan seorang anak meskipun berbakti dengan apa pun, tidak akan dapat menandingi jasa orang tuanya, kecuali dengan memerdekakan orang tuanya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

3 sikap orang beriman

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tamunya. Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung rahimnya (hubungan kekeluargaan, persaudaraan). Dan sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam saja. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan keutamaan tiga perkara; memuliakan tetamu, menjaga hubungan kekeluargaan / persaudaraan dan berkata dengan suatu yang baik. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 252

Anjuran berbuat baik sesama jiran tetangga

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Wahai wanita-wanita muslimat, janganlah seorang jiran tetangga menghina jiran tetangganya yang lain, sekalipun yang dihadiahkan berupa kaki kambing. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari & Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi anjuran agar melakukan perbuatan baik antara jiran tetangga walaupun sedikit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 248