Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2023

Lelaki jangan membenci perempuan

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Seorang mukmin (lelaki beriman) jangan membenci seorang mukminah (perempuan beriman) jika ada suatu pekerti perempuan itu yang dia tidak sukai, sedangkan (ada yang) dia sukai daripadanya (daripada budi pekerti) yang lain. Atau baginda bersabda: (Budi pekerti) yang lainnya. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Perkataan (Arab) “yafrak” dalam teks hadis ini diterjemahkan sebagai “membenci”. Dikatakan, perempuan membenci suaminya dan suami membenci isterinya. Wallahu a’lam. Seorang lelaki beriman tidak harus membenci isterinya yang beriman hanya kerana mendapati suatu pekerti (perangai, sikap) yang tidak disukainya, sebab ada budi pekerti yang dia sukai seperti memelihara diri, membantu dan sebagainya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 233

Rezeki, pertolongan dengan adanya orang lemah

Daripada Abu Darda Uwaimir RA berkata: Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Carikan saya orang-orang lemah. Maka, sesungguhnya kamu mendapat pertolongan dan rezeki dengan orang-orang lemah dalam kalangan kamu. (Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dengan isnad yang baik) PENJELASAN Hadis ini mengandungi pesanan agar membantu orang-orang lemah, fakir miskin, membantu orang-orang yang menggunakan seluruh waktu untuk Allah, tidak mementingkan diri sendiri dan menghindari daripada mengganggu orang lemah. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 231

Keistimewaan orang-orang yang lemah

Daripada Mus’ab bin Saad bin Abi Waqas RA berkata: Saad berpendapat bahawa baginya kelebihan daripada selainnya. Maka, Nabi SAW bersabda: Adakah kamu mendapat pertolongan dan rezeki, melainkan dengan orang-orang yang lemah dalam kalangan kamu! (Hadis riwayat al-Bukhari sebagai hadis mursal kerana Mus’ab adalah seorang tabiin. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Bakar al-Barqani dalam kitab sahihnya sebagai hadis muttasil daripada Mus’ab daripada ayahnya RA). PENJELASAN Ibnu Batthal berkata: Pengertian hadis ini bahawa orang-orang lemah lebih ikhlas dalam berdoa dan lebih khusyuk dalam beribadat kerana hati mereka masih kosong dengan gemerlapan dunia. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 230

Dosa mensia-siakan anak yatim dan perempuan

Daripada Abu Syuraih Khuwailid bin Amru al-Khuza’ie berkata: Nabi SAW bersabda (mafhumnya): Allahumma (Ya Allah), sesungguhnya saya memandang berat dosa mensia-siakan hak dua golongan lemah, (iaitu) anak yatim dan perempuan. (Hadis status hasan diriwayatkan oleh an-Nasai, dengan sanad yang baik) PENJELASAN Sesungguhnya Nabi SAW menganggap berat hak anak yatim dan perempuan, kerana kedua-duanya tidak mempunyai kekuatan dan tidak ada tempat berlindung melainkan Allah. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 230

Sikap mulia membawa ke syurga

Daripada Aisyah RAnha (Radhiallahu Anha) berkata (maksudnya): Saya didatangi seorang perempuan miskin yang membawa dua anak perempuannya. Maka, saya memberikannya tiga biji kurma. Perempuan itu memberikan setiap seorang daripada kedua-duanya (anak-anaknya) masing-masing sebiji kurma dan sebiji lagi diangkat ke mulutnya untuk dimakan. Namun dua anaknya itu meminta agar yang sebiji kurma itu dimakan juga oleh mereka. Maka, perempuan itu membelah dua kurma yang hendak dimakan dan diberikan kepada dua anaknya. Keadaan perempuan itu membuatkan saya hairan. Maka, saya memberitahukan apa yang telah dilakukan oleh perempuan itu kepada Rasulullah SAW. Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya, Allah telah menetapkan bagi perempuan itu akan masuk syurga kerana perbuatannya atau Allah akan memerdekakannya dari neraka. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini mengandungi keutamaan mementingkan orang lain berbanding diri sendiri, menyayangi anak-anak kecil, berbuat kebaikan dan bersikap ...