Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2023

Jangan saling berhasad, jangan saling menipu, jangan saling membenci

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu saling berhasad, jangan saling menipu dalam jual-beli, jangan saling membenci, jangan saling berpaling dan jangan sesetengah daripada kamu menjual atas penjualan sebahagian lain. Dan jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara. Seorang muslim merupakan saudara dengan muslim yang lain, tidak boleh menzalimi saudaranya, tidak boleh menghina saudaranya dan tidak boleh menelantarkan saudaranya. Takwa itu ada di sini — baginda menunjukkan ke arah dadanya tiga kali. Cukuplah seseorang termasuk keburukan, jika dia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim terhadap sesama muslim haram darahnya, hartanya dan kehormtannya. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Perkataan “an-najsyu” diterjemahkan sebagai seseorang menambah harga suatu barang dagangan lebih daripada yang diumumkan di pasar dan lain sebagainya, padahal dia tidak ada keinginan untuk membelinya. Tetapi dia melakukannya semata-mata untuk m...

Seorang muslim saudara terhadap muslim lain, jangan khianatinya, jangan menghinanya

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim merupakan saudara sesama muslim lainnya. Janganlah dia berkhianat kepada saudaranya, jangan membohonginya dan jangan menghinanya. Setiap muslim terhadap muslim lainnya adalah haram kehormatannya, hartanya dan darahnya. Takwa itu di sini. Cukuplah seseorang termasuk daripada keburukan, jika dia menghina saudaranya sesama muslim. (Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, dia berkata hadis ini [status] hasan) PENJELASAN Keharaman darah seorang muslim, hartanya dan kehormatannya. Di samping itu diharamkan pula menghina sesama muslim, mengkhianatinya dan bercerita dusta mengenainya. Ketakwaan berada di dalam hati. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 206

Bantu saudara sesama Islam, jangan aniaya mereka, jangan serah kepada musuh

Daripada Ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim merupakan saudara muslim yang lain. Janganlah dia menganiayanya, jangan pula menyerahkannya kepada musuhnya. Sesiapa membantu keperluan saudaranya, maka Allah selalu menolongnya dalam memenuhi keperluannya. Dan sesiapa melapangkan suatu kesukaran daripada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan baginya suatu kesukaran daripada sekian banyak kesukaran pada hari kiamat. Dan sesiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aib orang itu pada hari kiamat. (Muttafaq alaih — diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN – Hadis ini memberi motivasi kepada muslimin (orang-orang Islam) untuk saling membantu, menyayangi antara satu sama lain, tidak berbuat zalim (aniaya) kepada mereka, memenuhi keperluan mereka, menutup aib mereka dan membuatkan mereka senang. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 206

Keutamaan solat Subuh

Daripada Jundub bin Abdullah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa melakukan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Oleh kerana itu, jangan sampai Allah menuntut kepada kamu dengan apa yang dijaminkan oleh Allah, kerana sesungguhnya orang yang dituntut oleh Allah dengan apa yang dijaminkan oleh Allah, tentu Dia akan mendapatkannya. Kemudian, Allah akan melemparkan mukanya ke dalam neraka jahanam. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Perkataan “dzimmatillah” dalam (teks Arab) hadis itu diterjemahkan sebagai jaminan keamanan daripada Allah dan janji-Nya. Dalam riwayat lain disebutkan: “Sesiapa melakukan solat Subuh berjemaah”, seakan-akan solat Subuh dikhususkan dengan hal itu, kerana waktu subuh merupakan permulaan hari, yakni waktu permulaan orang bertebaran memenuhi keperluan mereka. Hadis ini mengandungi ancaman keras kepada orang yang berniat buruk kepada orang-orang yang melakukan solat. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Pe...

Mengambil kira keadaan yang lain ketika melakukan solat

Daripada Abu Qatadah al-Harits bin Rib’i RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ketika saya sedang melakukan solat dan saya bermaksud memperlamakannya, tiba-tiba saya mendengar tangisan seorang anak kecil. Maka, saya meringankan solat saya kerana saya tidak suka jika memberatkan ibunya. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Hadis ini mengandungi erti kasih sayang Nabi dan memperhatikan keadaan orang tua dan anak-anak. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 205

Sayang Nabi kepada sahabatnya

Daripada Aisyah RAnha berkata: Nabi SAW melarang para sahabat melakukan puasa wisol kerana rasa sayang kepada mereka. Para sahabat berkata: Sesugguhnya anda sendiri melakukan puasa wisol? Baginda bersabda: Sungguh, saya ini tidaklah seperti keadaan kamu, kerana sesungguhnya saya ini diberi makan serta minum oleh Rabbku. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin dan Penjelasannya

Mengapa Nabi meninggalkan suatu amalan disukai?

Daripada Aisyah RAnha berkata: Sesungguhnya jika Rasulullah SAW meninggalkan suatu amalan perbuatan, padahal baginda suka mengerjakan amalan itu, (hal itu kerana baginda) khuatir jika orang-orang akan ikut mengamalkannya, maka amalan itu diwajibkan atas mereka. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menjelaskan kesempurnaan kasih sayang Nabi SAW terhadap umatnya, sebagaimana baginda pernah meninggalkan keluar (untuk solat) di malam keempat Ramadan hingga terbit fajar. Baginda bersabda: Tidak ada yang mencegahku melainkan khuatir jika solat itu diwajibkan atas kamu, lalu kamu tidak mampu melakukannya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 204/205

Meringankan apabila solat berjemaah

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jika seorang daripada kamu menjadi imam solat bagi orang lain, maka hendaklah dia meringankannya, sebab antara kalangan makmum ada orang yang lemah, orang sakit dan tua. Apabila seorang kamu melakukan solat sendirian, maka hendaklah dia memperlamakan (memanjangkan) solat sekehendaknya. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Mempercepat dan memperlamakan termasuk antara hal relatif yang dikembalikan kepada yang dilakukan oleh Nabi. Oleh kerana itu, tidak ada dalil bagi orang-orang yang solatnya seperti burung pelatuk. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 204

Keutamaan kasih sayang sesama manusia

Daripada Jabir bin Abdullah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa tidak mempunyai sifat kasih sayang kepada sesama manusia, Allah juga tidak memberi kasih sayang kepadanya. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN: Mengasihi kepada sesama manusia disebutkan secara khusus kerana ada perhatian lebih kepada manusia. Jika tidak, maka menebarkan kasih juga dituntut kepada seluruh binatang. Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang menebarkan kasih sayang akan disayangi oleh Zat Yang Maha Pengasih. Sayangilah penduduk bumi, nescaya penduduk langit akan menyayangimu.” Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 204

Kasih sayang orang beriman umpama tubuh badan

Daripada Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda: Perumpamaan Mukminin dalam hal saling menyayangi, saling mengasihi dan saling bersimpati adalah bagaikan tubuh badan. Apabila satu anggotanya berasa sakit, maka seluruh tubuh badan akan turut merasakannya dengan tidak tidur dan berasa panas. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 203

Mengasihi anak-anak

Daripada Aisyah RAnha berkata: Beberapa orang daripada kalangan orang pedalaman datang menghadap Rasulullah SAW, maka mereka berkata: Adakah anda suka mencium anak-anak anda? Baginda menjawab: Ya. Mereka berkata: Tetapi, demi Allah, kami tidak pernah mencium (anak-anak). Maka, Rasulullah bersabda: Apakah saya dapat mencegah sekiranya Allah telah mencabut sifat rahmah (belas kasihan) daripada hati kamu. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menganjurkan untuk mengasihi anak-anak, mencium dan menyayangi mereka. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 203/204

Siapa tidak menyayangi, tidak disayangi

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW mencium al-Hasan bin Ali dan di samping beliau ada al-Aqra’ bin Habis. Maka, al-Aqra’ berkata: Saya mempunyai 10 orang anak. Tetapi saya belum pernah mencium seorang daripada mereka. Maka, Rasulullah SAW memandangnya, kemudian baginda bersabda: Sesiapa yang tidak menyayangi, maka dia tidak akan disayangi. (Muttafaq alaih – diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 203

Kaedah membawa senjata di tengah khalayak

Daripada Abu Musa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berjalan di suatu tempat dari masjid-masjid kita atau pasar-pasar kita, sedang dia membawa anak panah, maka hendaklah dia memegang atau menggenggam hujung-hujungnya dengan telapak tangannya, sebab dikhuatirkan dengan anak panahnya akan kena seseorang daripada Muslimin. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan perintah menggenggam hujung anak panah. Demikian juga pedang, pisau, bayonet, dan seumpamanya. Begitu juga dengan peluru dari senapang dan pistol perlu dikeluarkan kerana dibimbangi kena, mencederakan, menyakiti orang sekeliling. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 202/ 203

Peringatan membelanjakan harta Allah

Daripada Khaulah binti Amir al-Ansariyah dan dia ialah wanita (isteri) Hamzah berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya lelaki-lelaki (yakni orang-orang) membelanjakan harta Allah dengan (cara) tidak benar, maka bagi mereka neraka pada hari kiamat. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Istilah “takhawwadhu” daripada perkataan dalam teks hadis diertikan sebagai membelanjakan dengan tidak benar. Hadis ini menunjukkan bahawa membelanjakan harta Baitulmal tidak harus berdasarkan keinginan semata-mata. Dalam riwayat Tirmidzi daripada Khaulah binti Qais bin Qahd disebutkan: Sesungguhnya harta ini manis dan hijau. Sesiapa mendapatkannya dengan cara benar, maka dia akan diberikan keberkatan dalam harta tersebut. Banyak sekali orang yang membelanjakan harta Allah dan rasul-Nya sesuai yang diinginkan oleh dirinya sendiri, maka tidak ada baginya pada hari kiamat selain neraka. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 201

Peringatan menumpahkan darah yang haram

Daripada Ibnu Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Seorang Mukmin sentiasa dalam keluasan agamanya, selama dia tidak menumpahkan darah yang haram. (Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari) PENJELASAN Perkataan dalam teks hadis “al-fushatu” diertikan sebagai “keluasan”. Maksudnya orang mukmin sentiasa mengharapkan rahmat dan ampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukannya. Ketika dia menumpahkan darah yang haram, maka jalannya akan menjadi sempit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 201

Amaran terhadap hak saudaranya dalam penghakiman

Daripada Ummu Salamah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Saya hanyalah seorang manusia dan sesungguhnya kamu akan mengajukan perkara kamu kepadaku. Barangkali sebahagian daripada kamu ada yang lebih pintar mengemukakan hujah daripada sebahagian yang lain. Maka, saya memberikan keputusan sesuai dengan alasan yang saya dengar. Maka, sesiapa yang saya putuskan baginya dengan (mendapat) hak saudaranya, maka sesungguhnya saya menentukan untuknya bahagian daripada api neraka. (Muttafaq alaih – Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Ahmad) PENJELASAN Perkataan dalam teks hadis “al-hana” diertikan sebagai “lebih pintar”. Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa Nabi SAW tidak mengetahui hal ghaib (yang tidak nampak) melainkan apa yang telah diajarkan oleh Allah dan sesungguhnya beliau memutuskan suatu perkara berdasarkan bukti-bukti yang nampak. Hukuman (atau keputusan) yang ditetapkan seorang hakim pada dasarnya tidak menghalalkan sesuatu yang haram. F...

Persoalan jihad fi sabilillah

Daripada Abu Qatadah, al-Harits bin Rib’i meriwayatkan daripada Rasulullah SAW, bahawa beliau berdiri di hadapan orang ramai, kemudian beliau menyebutkan kepada mereka bahawa jihad fi sabilillah dan beriman kepada Allah merupakan amalan perbuatan yang paling utama. Kemudian ada seorang lelaki berdiri dan berkata: Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat anda jika saya terbunuh dalam perang fi sabilillah, apakah kesalahan-kesalahan saya akan terhapus? Beliau menjawab: Ya, jika kamu dibunuh fi sabilillah dan sabar, mengharapkan keredaan Allah serta kamu maju dan tidak melarikan diri. Seterusnya Rasulullah SAW bertanya: Bagaimana pertanyaan kamu tadi? Orang itu berkata lagi: Bagaimana pendapat anda, jika saya terbunuh dalam perang fi sabilillah, apakah kesalahan-kesalahan saya akan terhapus? Baginda menjawab: Ya, jika kamu terbunuh fi sabilillah dan sabar, mengharapkan keredaan Allah serta kamu maju dan tidak melarikan diri (dari medan jihad), melainkan jika kamu mempunyai hutang, kerana...

Syahid atau tidak?

Daripada Umar bin al-Khattab RA berkata: Ketika terjadi perang Khaibar, ada sekumpulan daripada sahabat-sahabat Nabi SAW, maka mereka berkata: Polan syahid, dan polan syahid. Sehingga mereka menemukan seorang lelaki (yang telah meninggal dunia), maka berkata, “polan syahid”. Maka, Nabi SAW bersabda: Tidak sama sekali, sesungguhnya saya melihatnya di dalam neraka kerana burdah (kain selimut) atau baju karung yang dia sembunyikan (daripada hasil rampasan perang). (Hadis diriwayatkan oleh Muslim, ada juga dalam riwayat Ibnu Hibban dan Tirmidzi) PENJELASAN Polan merujuk kepada seseorang yang tidak diberikan namanya. Hadis ini menguatkan keharaman mencuri harta ghanimah (rampasan perang) dan perbuatan itu termasuk antara dosa besar. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 198/199

Ancaman orang bersumpah untuk mendapatkan hak orang lain

Daripada Abu Umamah Iyas bin Tsa’labah al-Haritsi meriawayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan neraka baginya dan mengharamkan syurga ke atasnya. Maka, seorang lelaki bertanya: Walaupun suatu yang remeh, wahai Rasulullah? Maka, baginda bersabda: Dan sekalipun sepotong kayu arak. (Diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Hadis ini memberikan ancaman kepada orang bersumpah bohong agar dapat mengambil hak seorang muslim. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasan, 198

Siapa buat zalim kepada orang lain, segera minta dimaafkan

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan daripada Nabi SAW bersabda: Sesiapa melakukan suatu kezaliman kepada saudaranya, (sama ada) mengenai kehormatan saudaranya ataupun suatu yang lain, maka hendaklah dia minta dihalalkannya pada hari, sebelum tidak ada (wang) dinar dan dirham. Jika dia mempunyai amalan kebajikan, maka diambil amalan kebajikannya, sesuai kadar kezalimannya, sedang jika dia tidak mempunyai kebajikan sama sekali, maka diambil keburukan-keburukan orang dizalimi, lalu dibebankan kepada orang menzaliminya. (Hadis diriwayatkan Bukhari) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan perintah meminta agar dihalalkan dan mengembalikan hasil daripada kezaliman ketika masih di dunia. Jika tidak, orang dizalimi akan mengambil haknya secara penuh di akhirat kelak. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 195-196

Awas doa orang dizalimi

Daripada Muaz RA berkata: Saya diutus oleh Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda: Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum daripada kalangan ahli kitab, maka ajaklah mereka untuk bersaksi bahawa tiada ilah (tuhan) yang berhak untuk dilakukan ibadat secara benar melainkan Allah dan bahawa saya adalah utusan Allah. Apabila mereka telah mentaati untuk melakukan hal itu, maka beritahulah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu dalam setiap sehari semalam. Jika mereka mentaati yang demikian, maka beritahukan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka sedekah yang diambil daripada orang-orang kaya antara mereka, kemudian dikembalikan kepada orang-orang fakir antara mereka. Jika mereka mentaati yang demikian itu, maka jagalah kehormatan dan harta-harta mereka. Takutlah kamu daripada doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tidak ada tabir yang menutupi antara doanya dengan Allah. (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Musl...

Ancaman bagi orang berbuat zalim

Daripada Abu Musa RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menangguhkan (hukuman) orang yang zalim. Akan tetapi, apabila Allah telah menghukumnya, maka Dia tidak akan melepaskannya sama sekali. Kemudian, baginda membacakan ayat (yang bermaksud): Dan begitulah seksa Tuhanmu apabila Dia menyeksa (penduduk) negeri-negeri yang berbuat zalim. Sungguh, seksa-Nya sangat pedih, sangat keras. (Hud, 102) (Muttafaq alaih – diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini menunjukkan ancaman keras bagi orang berbuat zalim walaupun dia masih diberikan waktu atas kezalimannya dan tidak segera diseksa, kerana sesungguhnya Allah hanya menangguhkan, bukan mengabaikan. Allah berfirman maksudnya: Dan Aku akan memberikan tempoh waktu kepada mereka, sungguh rencana-Ku sangat teguh. (Al-A’raf, 183) Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 193-194

Pengukuhan keharaman darah orang Muslimin, harta dan kehormatan mereka

Daripada Abu Bakrah Nufai’ bin al-Harits meriwayatkan daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya zaman telah berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan dan di antaranya ada empat bulan suci. Yang tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijah, dan Muharam, sedangkan yang keempat Rajab Mudhar, yang berada di antara bulan Jumada dan Syaaban. Bulan apakah sekarang ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Maka, baginda diam, sehingga kami menyangka bahawa baginda akan memberi nama bulan ini dengan nama lain. Baginda bersabda: Bukan ini Zulhijah? Kami menjawab: Benar. Baginda bersabda: Negeri manakah ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda diam, sehingga kami menyangka baginda akan memberi nama negeri ini dengan nama lain. Baginda bersabda: Bukankah al-baldah (negeri Haram [suci])? Kami menjawab: Benar. Baginda bertanya: Maka, hari apakah ini? Kami menjawab: Allah dan Rasul-Nya ...

Ancaman kepada orang zalim

Daripada Aisyah RAnha (singkatan kepada Radhiyallahu Anha) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa berbuat zalim walau terhadap sejengkal tanah, maka tanah itu akan dikalungkan di lehernya daripada tujuh (lapisan) bumi. (Muttafaq alaih — diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Pengukuhan terhadap haram merampas tanah. Sesiapa yang mengambil sebahagian tanah dengan cara zalim, maka dia diseksa dengan membawa tanah itu di lehernya pada hari kiamat. Dalam hadis lain disebutkan: Sesiapa mengambil sedikit saja daripada tanah dengan cara tidak benar, maka kelak pada hari kiamat dia ditenggelamkan sampai ke tujuh lapisan bumi. (Ini juga) sebagai dalil bumi juga mempunyai tujuh lapis sebagaimana langit. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 193

Hak dipenuhi pada hari kiamat

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sungguh kamu akan memenuhi hak-hak kepada para pemiliknya kelak pada hari kiamat, sampai-sampai digiringlah kambing yang tidak bertanduk (untuk mengambil hak) daripada kambing yang bertanduk. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Kambing tidak bertanduk akan menuntut balas kepada kambing bertanduk pada hari kiamat. Selepas dibalas, haiwan-haiwan itu menjadi debu. Lantas orang-orang kafir berkata: Aduhai, andai saya juga menjadi debu. Peringatan bahawa orang dizalimi akan menuntut balas daripada orang berbuat zalim kelak pada hari kiamat dan dia akan diberikan haknya. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 192

Jaga diri daripada buat zalim, kikir

Daripada Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Jagalah diri kamu daripada berbuat zalim, kerana kezaliman adalah kegelapan pada hari kiamat. Dan jagalah diri kamu daripada sifat kikir (kedekut), kerana kikir membinasakan umat sebelum kamu. Sifat itu menyebabkan mereka saling menumpahkan darah dan menghalalkan hal-hal yang diharamkan pada diri mereka. (Hadis diriwayatkan oleh Muslim) PENJELASAN Istilah “asy-syuh” (perkataan Arab) dalam teks hadis itu ertinya kikir disertai kerakusan untuk mencari harta melalui jalan tidak diperkenankan, sebagaimana terdapat dalam hadis lain: Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu derhaka kepada para ibu, mengubur anak perempuan, tidak memberikan hal yang wajib diberikan, dan mencari sesuatu yang diharamkan. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 191/192

Tanda orang munafik

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tanda-tanda orang munafik ada 3 macam: Jika dia berkata, maka dia berdusta. Jika berjanji, dia tidak menepati. Dan jika diberi amanah, maka dia berkhianat. (Muttafaq alaih — diriwayatkan al-Bukhari dan Muslim) PENJELASAN Hadis ini dalil semua hal itu termasuk tanda-tanda munafik. Dalam hadis riwayat Abdullah bin Amru disebutkan: Empat perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, maka dia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa di dalam dirinya terdapat salah satu daripada keempat-empatnya, maka dia mempunyai salah satu sifat kemunafikan, hingga dia meninggalkannya; iaitu apabila diberi amanah dia khianat, apabila berbicara dia berdusta, apabila berdebat dia berbuat curang, dan apabila berjanji dia mengingkari. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 185

Akibat hanya menyuruh orang lain berbuat baik

Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Haritsah berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak, didatangkan seorang lelaki, maka dia dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar isi perutnya, maka dia berputar dengan isi perutnya, sebagaimana seekor keldai mengelilingi gilingan. Para ahli neraka berkumpul di sekelilingnya, maka mereka bertanya: Mengapa kamu ini, hai polan (seseorang tidak disebutkan nama)? Tidakkah kamu dahulu menyuruh kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah kemungkaran? Maka, dia (orang terbabit) berkata: Betul, saya menyuruh kepada yang makruf (kebaikan), tetapi saya sendiri tidak melakukannya, dan saya mencegah kemungkaran, tapi saya sendiri melakukannya. (Muttafaq alaih — diriwayatkan Ahmad, Tirmidzi, Ibn Majah, Abu Dawud) PENJELASAN Hadis ini mengisyaratkan ancaman keras bagi orang yang ucapannya berbeza dengan perbuatannya dan seksaan bagi orang alim ketika melakukan maksiat lebih berat daripada lainnya, sebagaimana pahalanya diganda...

Apabila tidak dicegah kemungkaran

Daripada Abu Bakar as-Siddiq RA berkata: Wahai manusia, sesungguhnya kamu tentu membaca ayat ini (bermaksud): Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu (kerana) orang yang sesat itu tidak akan membahayakan kamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. (Al-Maidah, 105) Dan sungguh, saya juga mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang-orang apabila melihat orang zalim, lalu dia tidak mencegah tangannya, maka hampir saja Allah akan meratakan seksa-Nya terhadap seluruh manusia. (Hadis diriwayatkan Abu Dawud, Tirmidzi dan Nasai, dengan sanad-sanad yang sahih) PENJELASAN Maksudnya, sesungguhnya kamu semua membaca ayat ini dan kamu menganggap bahawa orang yang telah melakukan apa yang diperintahkan kepadanya serta meninggalkan apa yang dilarang pada dirinya tidak berdosa apabila tidak menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah kemungkaran. Tetapi ini (menyuruh perkara makruf, mencegah kemungkaran) adalah kewajipan sebagaimana terdapat dalam hadis yang lain: Wahai manusia, perintah...

Jihad paling utama: Kalimat kebenaran

Daripada Abu Abdillah Thariq bin Syihab al-Bajali al-Ahmasi bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Nabi SAW dan dia telah meletakkan kakinya pada pelana: Manakah jihad yang paling utama? Baginda menjawab: Kalimat kebenaran terhadap penguasa zalim. (Hadis diriwayatkan Nasai dengan isnad sahih) PENJELASAN Perbuatan itu merupakan jihad paling utama kerana perbuatan itu menunjukkan kesempurnaan keyakinan serta kuat keimanannya, kerana dia menyampaikan kebenaran di hadapan penguasa zalim dan tidak takut hukuman daripada penguasa terbabit, bahkan dia menyerahkan dirinya dan mendahulukan perintah Allah. Rujukan/sumber – Riyadus Solihin & Penjelasannya, 180/ 181.